|
PUTRAJAYA: Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Persekutuan hari ini apabila bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad dibawa keluar polis sejurus mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam tahun selepas sabitan terhadap kes rasuahnya dikekalkan.
Ahli keluarganya yang duduk di galeri awam di belakang beliau tidak dapat menahan sebak apabila Hakim Datuk Nordin Hassan mengekalkan penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadap Mohd Isa. Isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, dilihat menangis ketika ahli keluarga lain cuba menenangkannya, manakala beberapa yang lain turut berpelukan sesama sendiri. Bagaimanapun, Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan kekal tenang sepanjang lebih satu jam penghakiman dibacakan. Beliau kemudian segera dibawa polis ke bilik tahanan sebaik prosiding berakhir. Ahli keluarganya selepas itu meninggalkan bilik mahkamah dan menuju ke kawasan lokap bagi bertemu dengannya. Hukuman terhadap Mohd Isa itu bagi sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pemerolehan Hotel Merdeka Palace & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB). Mohd Isa akan menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Nordin, sebulat suara membuat keputusan terhadap Mohd Isa, 77, itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap pembebasannya oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Mac 2024. Turut bersidang dalam panel berkenaan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz selaku perayu dan Mohd Isa selaku responden diwakili peguam, M Athimulan. Panel tiga hakim itu memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Mohd Isa menerima rasuah sebagai balasan membantu meluluskan pembelian hotel berkenaan, selain anggapan berkanun di bawah undang-undang antirasuah gagal dipatahkan. Menyifatkan rasuah sebagai satu perbuatan keji yang boleh memusnahkan negara, Nordin berkata, hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi adalah wajar, seimbang dan berfungsi sebagai pencegah. Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa didakwa atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah dan sembilan pertuduhan menerima suapan membabitkan lebih RM3 juta berkaitan kelulusan pembelian sebuah hotel di Kuching oleh FICSB. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Aras 49, Menara FELDA, Persiaran KLCC, antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015. Mohd Isa didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Pada 6 Mac 2024, Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan selepas membenarkan rayuannya. Sumber – BH
|
missyL replied at 10-2-2026 05:35 PM
Gitula.
Buat slh kene hukum lau xde cable
Tgok 47 kes aman aman sajooo
akido_kido replied at 10-2-2026 10:12 PM
kalau betul dia salah memang selayaknya cuma aku pelik lately makin ramai orang2 pangkat besar type ...
akido_kido replied at 10-2-2026 10:12 PM
kalau betul dia salah memang selayaknya cuma aku pelik lately makin ramai orang2 pangkat besar type ...
AngelFreakyAF replied at 10-2-2026 10:26 PM
Semua taiko C tu dilindungi..
Ni yg M kena tangkap tanda aras SPRM buat keje jerr..



terma2nkondisi2 replied at 10-2-2026 10:49 PM
ada walanon menggelupor ingatkan isa samad baru kena tangkap semalam zaman madani




terma2nkondisi2 replied at 10-2-2026 11:23 PM
walanon yg sorang perasan mcm dia sorang je walanon dlm dunia ni
pastu asyik2 ulang2 benda la ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.076520 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.