CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM wajar gantung tugas Azam Baki segera supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat- Rafizi Ramli

10-2-2026 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26350| Komen: 4

 



PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bagi membolehkan satu siasatan menyeluruh dijalankan berhubung isu pemilikan saham yang didakwa melanggar peraturan penjawat awam.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu kenyataan media hari ini mendakwa laporan media antarabangsa Bloomberg telah mendedahkan pemilikan 17.7 juta saham oleh Azam Baki dalam sebuah syarikat senaraian awam, Velocity Capital Partners Berhad, dengan nilai dianggarkan sekitar RM800,000 berdasarkan harga semasa.

Menurut laporan tersebut, pemilikan saham berkenaan didakwa bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 yang menetapkan had pemilikan saham penjawat awam tidak melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat.

“Tindakan berikut wajar diambil segera oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu menggantung tugas Tan Sri Azam Baki dengan serta-merta supaya satu siasatan menyeluruh boleh dibuat berhubung tuduhan salah laku (pemilikan saham melebihi RM100 000),” katanya.

Rafizi berkata, isu berkenaan bukan sahaja melibatkan pelanggaran peraturan pentadbiran, malah menyentuh soal integriti dan kewibawaan SPRM sebagai institusi utama membanteras rasuah .

Katanya, pendedahan itu turut mengaitkan Velocity Capital Partners Berhad dengan beberapa urus niaga melibatkan syarikat tersenarai lain serta individu yang pernah dikaitkan dengan kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit.

“Keadaan ini mewujudkan persepsi konflik kepentingan yang serius, apatah lagi apabila ia melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri,” katanya.

Beliau menegaskan, penggantungan tugas Azam Baki perlu dilakukan segera bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara bebas, telus dan tanpa sebarang campur tangan.

Selain itu, Rafizi turut menggesa supaya satu semakan menyeluruh terhadap pemilikan harta Azam Baki dilakukan bagi menjelaskan sumber kewangan yang membolehkan pemilikan saham dalam jumlah besar itu.

Dalam masa sama, Perdana Menteri juga diminta memastikan sama ada wujud penglibatan langsung atau tidak langsung Azam Baki dalam mana-mana urus niaga membabitkan syarikat yang menerima perolehan awam.

Tegas Rafizi, kegagalan kerajaan bertindak tegas dalam isu ini boleh menjejaskan keyakinan rakyat serta pandangan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Malaysia dalam memerangi rasuah.

Beliau berkata, sebarang kelewatan membuat keputusan hanya akan mengundang lebih banyak persoalan dan spekulasi terhadap pentadbiran kerajaan ketika ini.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 10-2-2026 10:01 PM
hahaa aku gelak je semua jerung2 besar kena pengarah2 woo..agak2 siapa yg arah siasat..bukan biashew2 weii
Quote nisako 11-2-2026 07:57 AM
wow woooooooo
Quote albedah 11-2-2026 08:01 AM
Azam bak tusesuatu ler kalu tengok dr penampilan barunya
Quote ultra78 11-2-2026 08:09 AM
Rafizi dah lama serang anwar tapi tiada tindakan dikenakan ke atas dia. Ini adalah serangan terbaru. Adakah rafizi akan dipecat? Makin lama makin nampak yang apa yang dicakap rafizi tu betul

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.125436 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top