CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Lelaki tular menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan warga emas didenda RM5,500

10-2-2026 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28046| Komen: 24

 


KAJANG – Seorang lelaki yang tular memukul seorang warga emas didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh dalam kejadian di Jalan Cheras-Hulu Langat , Ahad lalu.

Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Saiful Adli Yusof, 52, selepas lelaki itu mengaku bersalah teehadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumpah denda itu dia boleh dipenjara lapan bulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras, pukul 4.05 petang, 8 Februari lalu.


Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bapa empat orang anak itu juga didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap mangsa sama dengan ugutan hendak menyebabkan kematian, di lokasi serta waktu serupa, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Aida Afiqah Shaari memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Bagaimanapun peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda yang minimum.

“Anak guam adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga serta perlu menanggung isteri dan empat anak berusia antara 16 tahun hingga enam hari selain menanggung ibu mentua yang menghidap penyakit kronik.

“Semasa kejadian, anak guam bersama isteri dan anaknya berusia tiga hari. Anak guam serta isterinya berasa terkejut dan terkilan apabila kejadian itu berlaku. Anak guam telah insaf atas perbuatannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Muhammad Syakir.

Mengikut fakta kes, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira telah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di Jalan Cheras-Hulu Langat.

Mangsa kemudian mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Taman Suntex kerana takut dan tertuduh mengekori mangsa daripada belakang.

Tertuduh kemudian menahan kereta mangsa di lampu isyarat sebelum bertindak menendang kereta terbabit hingga mendatangkan ketakutan.

Apabila mangsa keluar dari kenderaannya, tertuduh terus menumbuk serta menendang mangsa sehingga mangsa mengalami kecederaan di muka, mata lebam, dagu bengkak serta lidah berdarah.

Pada Ahad lalu, tular video berdurasi kira-kira satu minit di media sosial, yang memaparkan suspek memarahi dan menendang mangsa yang sedang duduk di kerusi pemandu keretanya.

Sumber: – KOSMO! ONLINE
 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:24 PM
Takut la, buat macam tu, tendang tendang
Quote Kitty_catz 10-2-2026 06:44 PM
B40tastePosh replied at 10-2-2026 10:24 AM
Takut la, buat macam tu, tendang tendang

bebaik tau you

jaman now ramai org gilerr bawak keta

yg baling kon la, yg tendang la

tu blom mak pak tak tengok anak2 buat apa dlm keta sampai bukak2 pintu pulakkk
Quote B40tastePosh 10-2-2026 06:46 PM
Kitty_catz replied at 10-2-2026 06:44 PM
bebaik tau you

jaman now ramai org gilerr bawak keta

Nasib baik meols duduk kampung kat Sabak Bernam.

Eihhh scary, cam mana uols boleh stay bandar, ramai ongiler.
Quote kemaruk 10-2-2026 07:01 PM
satu lagi kes 4G

ganas, gila, gatal dan gay
Quote Kitty_catz 10-2-2026 07:08 PM
B40tastePosh replied at 10-2-2026 10:46 AM
Nasib baik meols duduk kampung kat Sabak Bernam.

Eihhh scary, cam mana uols boleh stay bandar, r ...

apa nak buadddd... bando tpt cari makan
Quote bottombikini 10-2-2026 07:09 PM
yg pakai kain batik tu cina ke melayu
sempoi je enter frame
Quote adiwarna 10-2-2026 08:34 PM
Bini baru beranak 3 hari, pastu si apek pulak langgor hellfire, pastu dah langgor, lari pulak...baru abis bayor bini beranak, keta pulak kena langgor, kalo si apek lari, bertambah ler belanja, mental pun koyak, last2 kena gak bayor saman 5k sbb membantai org tua....kalau la saya bersabar kerana sabar itu separuh dari iman.....sekian drama samarinda mlm ni....
Quote Mimicomel 10-2-2026 09:06 PM
Kalau pakai welfire mampu saja bayar 5k tu. Takyah ckp byk memang bersalah apesal nak marah sampai hempuk orang tua.
Quote akido_kido 10-2-2026 09:58 PM
dasar bacul pukul perempuan pukul budak dan orang tua..sebijik peel zionis
Quote tahanie 10-2-2026 10:23 PM
Harap tak lalu lah video tu. Taknak tengok
Quote PinkyPie 10-2-2026 10:43 PM
Vellfire tu takdak dashcam ke? Ko tak kan senang je apek tu kena sbb dah sah la buat salah. Ko pi terajang dia dah lebih teruk pulak jadi salahnya.
Quote lanacondor 10-2-2026 10:59 PM
Kene langgar g balai buat report jela mat kalau dah apek tu lari.. ni dah sia2 rugi berganda2 sebabkan xreti sabor
Quote tumpanglalu74 11-2-2026 12:35 AM
Edited by tumpanglalu74 at 11-2-2026 12:46 AM

1000085561.jpg

Video sini:
https://www.facebook.com/reel/90 ... p;s=yWDuG2&fs=e

Harap2 bukan penjawat awam la..  Badan dah smart tinggi umor 50an tak boroi.  Kete dah mahal.  Tapi ikot emosi dapat la kemaluan besar untok anak bini & sedare-mara.
Quote annehuda 11-2-2026 12:51 AM
Lawak plak mintak dikurangkan denda sbb pendapatan RM2k je, tapi bawak vellfire. LHDN bleh la cek mangkuk ni ada sorok pendapatan ke cuci duit
Quote Purestteam1 11-2-2026 04:55 AM
harap dah tua nnti kau plak dpt karma...haha
Quote nisako 11-2-2026 07:56 AM
aik tak mampu pulak pukul org ikut suka boleh pulak ....puihhhh
Quote prince_marhaen 11-2-2026 08:10 AM
Orang tua tu langgar kereta dia, dia baru bawa balik baby 3 hari drpd hospital bersalin, baby tu jatuh terlepas drpd isteri dia akibat hentakan. Lepas tu apek tu chow lari terus... Siapa je tak baran kann
Quote hyie 11-2-2026 09:56 AM
so dia tak caj balik ke kat ontua tu sebab langgar kete dia n cabut lari? selayaknyalah di tendang kat muka
Quote Minami2013 11-2-2026 10:02 AM
Bahaya betul lelaki baran.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073371 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top