|
Anak raja pun belum tentu selamat. Inikan pula terlibat skandal besar dengan Epstein.
Pernah dengar nama Putera Andrew? Dulu, dia adalah "anak emas" Ratu Elizabeth II. Wira perang, Duke of York, dan wajah diplomasi United Kingdom. Hari ini? Dia mungkin hanya selangkah lagi ke pintu penjara, dan kali ini, abang sendiri iaitu Raja Charles III tak akan selamatkan dia. Isu yang meletup tak sampai 48 jamini bukan lagi kisah skandal se**ks lama yang kita tahu. Ini kisah pengkhianatan amanah negara. Jadi apa yang berlaku sebenarnya di Istana Buckingham. ... Pertama, siapa sebenarnya Putera Andrew? Untuk faham beratnya kes ini, kita kena kenal siapa watak utamanya. Status VVIP dan Wira Negara. Dia adalah His Royal Highness (HRH) dan The Duke of York. Kalau nak bandingkan dengan Malaysia, His Royal Highness (HRH) setaraf dengan "Duli Yang Teramat Mulia". Ia menunjukkan seseorang itu adalah ahli keluarga diraja "senior" yang aktif menjalankan tugas rasmi mewakili Raja/Ratu. Lebih hebat, sesiapa yang ada gelaran HRH perlu disembah (bow) atau diberi hormat (curtsy) oleh orang lain. Mereka juga layak menerima kawalan keselamatan penuh dan dana awam (Sovereign Grant). ... The Duke of York pula ialah adalah gelaran tradisi yang sangat berprestij. Memegang gelaran ini bermakna Putera Andrew adalah orang kedua paling penting dalam hierarki adik-beradik lelaki selepas Putera Mahkota (Prince of Wales).
Bukan calang-calang Putera Andrew ini. .... Selain reputasi dalam keturunan diraja, beliau juga ada peranan atau tugas penting yang membuatkan status sangat duhormati. Sebab merupakan bekas juruterbang helikopter tentera laut yang berjuang dalam Perang Falklands (1982). Kenapa macam gempak sangat? Sebab dalam sejarah pe*rang ini, Putera Andrew yang baru umur 22 tahun, seorang anak raja dijadikan "Umpan Hidup" pe*lu*ru berp*andu (Missile Decoy). Ini adalah tugas paling gila dan berbahaya. Walhal Kerajaan British sebenarnya mahu memindahkan beliau ke tugas pejabat kerana bimbang jika anak Ratu mati atau ditangkap musuh, ia akan memberi kesan besar kepada negara. Boleh buat satu negara malu dan terkesan. Tetapi Andrew berkeras mahu pergi. Apabila kapal HMS Invincible diserang oleh pel*uru berp*andu Exocet milik Argentina, helikopter Andrew diarahkan untuk terbang dan "terapung" (hover) di sisi kapal. Menjadikan helikopter sebagai sasaran palsu supaya peluru berpandu itu menghentam helikopter atau terkeliru, bukannya menghentam kapal induk yang membawa ratusan nyawa. Jasa dia besar sebab dia bersedia untuk gadaikan ny*awa sendiri untuk menyelamatkan kapal induk tersebut. Sebab itu ramai orang ingat sampai sekarang. |
akido_kido replied at 11-2-2026 11:55 AM
seram tengok video2 Epstein kat twitter...memang betul gila kalau golongan elite dunia mesti peranga ...
kemaruk replied at 11-2-2026 12:31 PM
semoga jadi pedo man

xtahumenahu replied at 11-2-2026 12:21 PM
macam mana boleh tgk?
)BungaKencana replied at 11-2-2026 02:28 PM
dari file DOJ, yg mana sempat save tu dpt la tgk & yg org viralkan tu sikit je.. tp skrg dlm DOJ d ...

xtahumenahu replied at 11-2-2026 04:44 PM
i see...mmg x dapat tgk dah laa
BungaKencana replied at 11-2-2026 04:52 PM
blh kot tgk yg org upload dlm X & IG tp tak byk sgt la.. video2 dia blh buat anxiety
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.186969 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.