CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jika Lelaki Itu Berani, Dia Akan Jumpa Ibu Bapa Saya” - Sherry Ibrahim

11-2-2026 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13225| Komen: 18

 



Pelakon Sherry Ibrahim berkata dia tidak menafikan wujud tanggapan dirinya dilabel ‘high maintenance’ sekaligus membuatkan segelintir lelaki takut untuk mendekati.

Memetik HibGlam, Sherry berkata mungkin ada melihat kehidupannya serba serbi sempurna serta dianggap wanita yang memiliki pakej lengkap.

“Apabila bercakap tentang ‘pakej lengkap’, orang mungkin melihat dari segi rupa, cantik, tinggi, kurus dan sebagainya sehingga ada yang takut untuk mendekati.

“Bukan itu sahaja, ada yang beranggapan saya wanita ‘high maintenance’, tetapi sebenarnya tidak pun, semua yang saya miliki adalah hasil sudah bekerja sejak umur 18 tahun.,” katanya.

Menurut Sherry lagi, dia sudah bersedia untuk bergelar isteri namun mengakui bukan mudah bertemu pasangan yang jujur di zaman sekarang.

“Sejujurnya, saya sudah bersedia untuk berumah tangga. Saya tidak mempunyai banyak masa, apatah lagi apabila bercakap soal zuriat, memandangkan usia saya sekarang.

“Namun, saya yakin aturan Tuhan dan bersabar dan menunggu, kerana perkahwinan bukan satu pertandingan dan trend. Bukan kerana orang lain berkahwin, kita juga perlu tergesa-gesa,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata dia mencari lelaki yang baik dan ikhlas. Tambahnya lagi, lelaki itu akan terus berjumpa ibu bapanya jika mahu menyuntingnya sebagai isteri.

“Tiga ciri-ciri ini sangat penting. Saya sudah terlalu biasa mendengar janji-janji yang sama, tetapi di mana tindakannya? Saya mahukan tindakan, bukan sekadar kata-kata.

Jika lelaki itu benar-benar berani, dia akan datang berjumpa ibu bapa saya. Jika sesuai, insya-Allah, perkara itu akan terjadi,” katanya.

Sumber: HibGlam,Rotikaya

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-2-2026 09:30 AM
...ada yang beranggapan saya wanita ‘high maintenance’...
SIAPA???
SIAPA???
SIAPA???
SIAPA???
SIAPA???
SIAPA???


Kau biasa2 je nyehhh...macam akak2 teller kerja bank tu jehhhhh....takpun akak gomen jaga kaunter kat lobby tu je... pasu bunga opis...
Quote AuntyZaza 11-2-2026 09:39 AM
Dia ni cantik sgt tau bila face to face
Quote belilies 11-2-2026 10:38 AM
Celah mana nampak high maintenance. Muka cam pakai produk safi aliaa simplysiti
Quote Dysania@72 11-2-2026 11:33 AM
awal sangat, kemari untuk baca hakak porem punya komen
Quote supernaturalee 11-2-2026 11:44 AM
tak habis2 laaaa psl jodoh

fokus karier je la nyah...walauponnn



iols nk cdg sheol buat lagu etnik kreatif ke, lagu raya ke

sbb suara lemak2 dia tu rs ngam jgk dgn those genres

untung2 evergreen, mau tiap kali raya org cari dan play

selagi tu la org akn igt uols




gitu bg idea yg xde sape tanya
Quote KamikuP 11-2-2026 02:27 PM
Meolls tertanya2 kenapa dia break ngan bamtah ye? Ada sape tau?
Quote Miejaaa 11-2-2026 02:38 PM
Lelaki itu takut sis.

Quote BoongaKertas 11-2-2026 04:30 PM
KamikuP replied at 11-2-2026 06:27 AM
Meolls tertanya2 kenapa dia break ngan bamtah ye? Ada sape tau?

haah, iols x pernah follow perjalanan cinta dedua tu dulu. why?
Quote Vanillah 11-2-2026 05:07 PM
Edited by Vanillah at 11-2-2026 05:10 PM

Pompuan ni asal kena interview, story impian nak kahwin. Rasanya dah lebih 10 tahun dok sangap pasal nak kahwin. Desperate sangat ke kak??

Kamal Adli tengah solo ni, tengah merenyam leteww..
Quote kalchi 11-2-2026 07:03 PM
Kamal adli pun ada taste jugak kot muka nye
Quote cm_vungtau 11-2-2026 11:23 PM
Aku aje ke rasa tetiap kali tengok dia ni mesti tudung dengan baju sama kaler. Ke acaner.

Tak nampak high mentenen pun. Nampak gaya macam acik2 gomen aje pun
Quote NuansaBiru 11-2-2026 11:33 PM
Ntah sapa lah yg anggap kehidupan dia tu serba sempurna dan punya complete package.

Jawapan: Tiada siapa. Kau jer yg feeling2 org pandang kau gitu

Terus depresi ceri ni baca respon para acik2por
Quote kmbg 11-2-2026 11:35 PM
Asal muncul,topic belum berjodoh, dari aku lom kawen sampai aku da beranak pinak..jangan sampai aku dah masuk alam barjah pun ko masih keluar story lom jodoh
Quote delia3003 12-2-2026 12:38 AM
Edited by delia3003 at 12-2-2026 12:39 AM

Asal ada je thread pasal dia kat sini, balik² kisah jodoh/lelaki. I baca tajuk je.
Quote dewi_rina 12-2-2026 12:01 PM
Mungkin laki tu seram, belum apa2 dah kena maki kena kutuk dgn mak nya
Quote sukanyanyi 12-2-2026 12:07 PM
supernaturalee replied at 11-2-2026 11:44 AM
tak habis2 laaaa psl jodoh

fokus karier je la nyah...walauponnn

Oh aah lupa she can sing. Meols upgrade cadangan kaka—mohon sheols tukar karier terus jd penyanyi je, sbb as an actress, meols tak nampak daya tarikan sheols. So mungkin leh tukar bidang plak.
Quote sukanyanyi 12-2-2026 12:10 PM
NuansaBiru replied at 11-2-2026 11:33 PM
Ntah sapa lah yg anggap kehidupan dia tu serba sempurna dan punya complete package.

Jawapan: Tiada  ...

Reput carut eh cari pun sngaje up statement tu sbb nk ngundang kite sume ngeji part tu disebabkan betapa autanya statement tu.

Maaf ler ceri. Kalo sy jd laki, sy pinang zarazya dulu sblm chuols.
Quote Joysparta 12-2-2026 02:01 PM
Single pun ok jer sherry

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.059640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top