|
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Norlia Ghani, 78, mengakui terharu apabila terus mendapat perhatian daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), meskipun mesrasai sedikit malu untuk menerimanya.
Bagaimanapun, Norlia atau lebih mesra disapa Mama Norlia, menyifatkan sumbangan itu sebagai rezeki yang diterima dengan hati terbuka. "Alhamdulillah, gembira bila orang ingat kita. Tapi pada saya, ada malu sikitlah. Malu sebab kita selalu bekerja, cari rezeki sendiri. Bila dapat sumbangan, maknanya orang fikir kita tak upaya. "Tapi, orang bagi maknanya itu rezeki, kita ambil dengan baik," katanya yang ditemui pada Program Ceria Ramadan dan Tahun Baru Cina di Komune Living and Wellness, Bandar Tun Razak, kelmarin Norlia antara 31 penggiat industri kreatif yang dipilih menerima sumbangan pada program anjuran FINAS dengan kerjasama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak. Pada masa sama, Norlia meluahkan rasa syukur masih diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki. "Alhamdulillah Tuhan bagi lagi saya berjalan, walaupun perlahan. Untuk orang lain, Mama tak tahu, tapi kalau Mama, rasanya Mama kuatkan semangat. Kita kalau nak berharap dengan orang susahlah kita. "Tapi Mama ada darah tinggi, kolesterol juga tinggi, jadi kena ubat, mata pun dah kurang nampak. Saya pernah terjatuh sebab tak nampak. Itu sebab ada anak yang menemani," katanya. Norlia turut bersyukur masih menerima tawaran lakonan walaupun tidak banyak. "Tak banyak, tapi okay, ada juga orang ingat kita. Sekarang pun Mama selalu berlakon cerita kampung-kampung, jadi nenek. "Kalau cerita moden, orang muda, memang tak sesuai untuk kita. Jadi, kita tak boleh nak cakap apa. Ada rezeki, ada," katanya yang turut aktif membuat reviu dan memuat naik kandungan secara langsung di TikTok. Sumber: Berita Harian
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.359847 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.