CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 3 bulan, wanita maut nahas dua kenderaan di Kota Tinggi

11-2-2026 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16413| Komen: 3

 



KOTA TINGGI: Dua termasuk bayi berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit - Kota Tinggi di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira jam 7 malam itu turut mengorbankan seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pemandu sebuah Perodua Bezza dipercayai ibu bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kereta dipandu mangsa bersama lima penumpang itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori Hino dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mangsa dikatakan masuk ke laluan bertentangan, lalu bertembung dengan lori terbabit.

"Akibat kemalangan, pemandu kereta parah di bahagian kepala dan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT).

"Empat penumpang kereta serta pemandu lori kini sedang menerima rawatan di HKT, manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HKT bagi prosedur siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu jam 7.20 malam

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Berita Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-2-2026 10:47 AM
Microsleep kah?
Quote supernaturalee 11-2-2026 12:35 PM
kereta dipandu mangsa bersama lima penumpang itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori Hino dipandu lelaki tempatan berusia 60 tahun.


jap jap

nk hadam...6 org dlm bezza???

seriouslaaa



btw selalu duk imejin klu bezza eksiden mau remuk teruk

dlm gambar atas bukti dia



Quote TeropongSenyap 11-2-2026 01:28 PM
Innalillah...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.041083 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top