|
TOKYO: Jumlah hutang Jepun melonjak ke paras tertinggi 1,342.17 trilion yen (AS$8.6 trilion) pada akhir 2025, menurut data Kementerian Kewangan pada Selasa, susulan janji Perdana Menteri, Sanae Takaichi untuk meningkatkan perbelanjaan fiskal yang menimbulkan keraguan terhadap prospek kesihatan fiskal negara itu.
Menurut laporan Kyodo News, jumlah hutang Jepun meningkat 24.54 trilion yen berbanding tahun sebelumnya, kini lebih dua kali ganda saiz ekonominya dan berdepan tekanan peningkatan akibat kos keselamatan sosial, pertahanan negara dan pembayaran hutang yang meningkat sejajar dengan peningkatan hasil bon kerajaan selaras kenaikan kadar faedah jangka panjang. Setakat akhir Disember, hutang negara terdiri daripada 1,197.64 trilion yen dalam bon kerajaan, 44.13 trilion yen dalam pinjaman dan 100.40 trilion yen dalam bil pembiayaan, menurut kementerian itu. Kos pinjaman jangka panjang meningkat seiring jangkaan pasaran bahawa Bank of Japan akan terus menaikkan kadar faedah, sementara kebimbangan terhadap kesihatan fiskal Jepun meningkat berikutan janji Takaichi untuk perbelanjaan fiskal agresif. Sumber: -BERNAMA-KYODO
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071902 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.