CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Misha Omar tolak guna 'kabel' untuk anak lulus proses jadi pramugara - "Kami hendak dia rasai pengalaman ketika proses temuduga"

11-2-2026 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19379| Komen: 39

 



Bersuamikan juruterbang, Misha Omar, 44, menolak menggunakan 'kabel' demi memastikan anak sulung, Muhammad Adam Emir, 20, lulus proses temuduga menjadi pramugara.

Misha berkata, dia memastikan Adam menempuh pengalaman seperti calon lain, iaitu proses temuduga sebagai kru kabin.

"Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang hadir tanya kenapa kami tidak gunakan 'kabel' sedangkan suami saya juruterbang.

"Kami tidak mahu sebab bapanya hendak Adam rasa keperitan hadiri temu duga. Biar dia rasa macam mana beratur dengan ratusan calon yang lain.

"Kami hendak dia rasai pengalaman ketika proses temuduga," katanya pada majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA) di sini, hari ini.

Misha berkata, Adam bagaimanapun gagal pada sesi temuduga pertama selepas anak bujangnya itu gagal mematuhi syarat berat badan.

Namun, katanya, Adam tidak berputus asa, sebaliknya, gigih menurunkan berat badan.

"Adam tidak kecewa pun, sekarang dia sedang dalam fasa mencabar diri untuk mendapatkan berat ideal.

"Setakat tiga hari menjaga makan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram (kg), iaitu dari 80 kg kepada 77.2 kg," katanya.

Misha yang popular dengan lagu Pulangkan mengakui mencadangkan Adam mencuba nasib sebagai pramugara tetapi tidak menyangka anak bujangnya itu bersetuju.

"Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Tetapi, kalau boleh, saya mahu sesuatu yang mampu bertahan lama.

"Saya seronok tengok kesungguhan dia turunkan berat badan. Insya-Allah, dia akan mencuba lagi untuk temu duga yang lain," katanya.

Sumber: Berita Harian
 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 11-2-2026 11:27 AM
masih cantik misha ni
Quote Sendawg 11-2-2026 11:41 AM
Misha dulu2 aku tak berkenan but sejak 40 series ni emmmm. MIILFFFFF
Quote cruz2 11-2-2026 11:44 AM
Anak samihah ni dh apply keje? Tua benor dh aku ni. Rasa baru jer lg tgk gambo anak lelaki dia masa kecik sedap2 badan gitu
Quote azimodin 11-2-2026 11:53 AM
Sendawg replied at 11-2-2026 11:41 AM
Misha dulu2 aku tak berkenan but sejak 40 series ni emmmm. MIILFFFFF

Bagi i dia in person lawa... Bukan jenis yg muka lawa nakmampos tapi sedap mata memandang. Plus dia tak kekwat. Harga dia charge untuk event pon reasonable
Quote orkid_amani 11-2-2026 12:00 PM
Mana boleh iv steward pakai cable nook..kan semua tu perlukan skill.masa training tu mcm2 kelas kan ada..ni bukan keja opis nak pakai cable.. biasa kerja yg memerlukan skill & fitness ni mmg kena go tru iv.. mcm iv cikgu tuu la..xfit kn mmg xboleh jd cikgu dekat maktab.
Quote supernaturalee 11-2-2026 12:03 PM
majlis pelancaran video muzik single terbaharu, I don't Love You Anymore (IDLYA)

dah tengok semalam mv nih

cantik jgk

cuma iols suss adakah video ni shoot betul2 di lokasi bersalji atau studio green screen jek



[youtube]y-3byhPYfto[/youtube]
Quote Perawankota 11-2-2026 12:04 PM
cruz2 replied at 11-2-2026 11:44 AM
Anak samihah ni dh apply keje? Tua benor dh aku ni. Rasa baru jer lg tgk gambo anak lelaki dia masa  ...

Yg ni anak angkatnya kan
Quote sukanyanyi 11-2-2026 12:06 PM
Edited by sukanyanyi at 11-2-2026 12:15 PM
cruz2 replied at 11-2-2026 11:44 AM
Anak samihah ni dh apply keje? Tua benor dh aku ni. Rasa baru jer lg tgk gambo anak lelaki dia masa  ...


Iols plak rase mcm baru lg memori yg kakmitch ckp kena train vocal ngn toknaz lepas branak.. ya rabbi, dh 20 tahun rupanya itu???

Edit: Oh betol la, yg training vocal tu lama lepas branak, bukan baru2 lepas
Quote afie_m 11-2-2026 12:07 PM
cepat betul masa berlalu, dah besar anak dia..dia pun memang tak berubah..still cantik yg tak perlu repair2 muka
Quote Sendawg 11-2-2026 12:21 PM
azimodin replied at 11-2-2026 11:53 AM
Bagi i dia in person lawa... Bukan jenis yg muka lawa nakmampos tapi sedap mata memandang. Plus di ...

Entah, macam lagi ooomph bila masuk 40an. Maybe dia jenis yang biasa2 je time muda tapi bila tua nampak berseri. Ada je orang2 jenis camni.
Quote KBW2 11-2-2026 01:02 PM
supernaturalee replied at 11-2-2026 12:03 PM
dah tengok semalam mv nih

cantik jgk

Betul-betul shoot kat sana.
Quote cm_vungtau 11-2-2026 01:29 PM
Bila tak bertudung di usia 40an nampak cantik dan elegant. Kalau pakai tudung mostly 40an dah seruper acik2
Quote scha1008 11-2-2026 01:44 PM
sukanyanyi replied at 11-2-2026 12:06 PM
Iols plak rase mcm baru lg memori yg kakmitch ckp kena train vocal ngn toknaz lepas branak.. ya ra ...

Chuolsss tu anak angkat dia yg 20thn. Yg train vocal dgn toknaz tu lepas beranak anak kandung die.
Quote sukacactus 11-2-2026 01:46 PM
Perawankota replied at 11-2-2026 12:04 PM
Yg ni anak angkatnya kan

Haah ank angkat tp MO siap mkn hormon utk susukan anknya
So dah jd ank susuan lah
Quote AuntyZaza 11-2-2026 02:03 PM
semoga berjaya anak misha
Quote azimodin 11-2-2026 02:11 PM
supernaturalee replied at 11-2-2026 12:03 PM
dah tengok semalam mv nih

cantik jgk

Betul2 salji katanya.. respect betul. Commitment, duit, effort tip top.

Camne la kak mitch menguatkan diri nak bagi lawa dalam sapji. Iouls temp bawah 5 je rasa sejuk beku muka, mata pon x boleh nak bukak.
Quote prince_marhaen 11-2-2026 02:48 PM
Emmm....banyak nak kena grooming ni dikkk...




Quote prettyuglybabe 11-2-2026 03:04 PM
belajar pandai-pandai jadi la pilot..

Quote imanjannah 11-2-2026 03:05 PM
Besar dah anak dia

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.100447 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top