CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rapper popular UK, Central Cee peluk Islam

11-2-2026 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27989| Komen: 2

 


London: Penyanyi rap popular Britain, Central Cee mengesahkan dia kini sudah memeluk agama Islam.

Artis kelahiran London yang nama asalnya Oakley Neil Caesar-Su secara terbuka berkongsi berita gembira ini menerusi satu sesi siaran langsung, baru-baru ini, lapor Hungama Express.

"Saya baru sahaja menukar nama dan mengucap syahadah, saya kini seorang Muslim," kata bintang berusia 27 tahun itu yang mendedahkan pilihan nama depan baharunya adalah Aqeel susulan penghijrahan ini.

Sewaktu siaran berkenaan, dia melafazkan syahadah yang menjadi pengakuan akidah bagi menandakan penghijrahannya untuk menganut agama Islam secara rasmi.

Rakan-rakannya yang turut ada bersama kedengaran memberikan ucapan tahniah, manakala Central Cee hanya memberikan ulasan ringkas yang bersifat peribadi.

Penyanyi terbabit tidak mendedahkan alasan di sebalik keputusan menukar agama.

Sebelum ini, dia tidak pernah bercakap secara terbuka berkaitan pegangan agamanya walaupun peminat membuat spekulasi berdasarkan hantaran di media sosial yang kadang kala memaparkan kapsyen dan imej dalam tulisan Arab.

Dilahirkan di London pada 4 Jun 1998, Central Cee mula melancarkan karya muzik pada 2014 dan membina pengaruh dalam arena rap serta drill di United Kingdom (UK).

Popularitinya melonjak mendadak pada 2020 disusuli pelancaran sebuah mixtape pada 2021 yang menduduki tangga kedua carta muzik UK.

Pada 2022, dia berjaya menduduki takhta nombor satu untuk album sulungnya, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam industri rap British.

Menjelang 2024, Central Cee muncul sebagai penyanyi rap UK paling banyak didengari di peringkat global dengan jumlah penstriman mencecah berbilion kali.

Tahun berikutnya, dia mencipta sejarah sebagai penyanyi rap UK pertama yang berjaya menembusi kedudukan 10 teratas dalam carta Billboard 200.

Sumber – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akido_kido 11-2-2026 05:46 PM
UK memang ramai muslim dah sekarang...
Quote AuntyZaza 12-2-2026 09:08 AM
Alhamdullilah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.257682 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top