|
Penyanyi asal Singapura, Fuad Rahman, 47, memaklumkan dia dan Tom masih lagi sah sebagai suami isteri dan hubungan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
Menurut Fuad, perkahwinan selama tiga tahun bersama Tom sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, hingga kini tiada masalah walaupun sekarang tinggal berjauhan. "Saya dan Tom masih suami isteri yang sah. Namun, saya tak nafikan sangat terkejut dengan hantaran dimuatnaik oleh Tom di Facebook baru-baru ini sehingga ramai yang beranggapan rumah tangga kami bermasalah dan sudah berpisah. "Alhamdulillah, hubungan rumah tangga yang kami bina berada dalam keadaan baik. Cuma, sekarang saya bersama anak kami, Putri Anggun Lovellia atau Anggun, 2, tinggal berjauhan dengan Tom seketika. "Saya dan Anggun menetap di Melaka kerana saya juga akan ke Singapura atas urusan kerja serta persembahan nyanyian, manakala Tom pula bersama dua anak lagi kini tinggal di Pahang serta dia (Tom) juga ada tawaran menyanyi di sana. "Hari-hari saya dan Tom akan berhubung tanya khabar di telefon dan hubungan kami suami isteri dalam keadaan baik sahaja. Tom minat meluncur laut, jadi ketika ini saya benarkan dia 'me time' sambil bekerja di Pahang," katanya dihubungi Harian Metro. Ujar Fuad lagi, sebagai suami yang menghormati minat isteri, dia sentiasa menyokong Tom dan memberikan kebenaran. Ditambah sekarang ini, Anggun juga sudah tidak menyusu badan. "Saya pun baru sebulan menjaga Anggun kerana Tom berada di Pahang dan bekerja. Sebagai suami isteri, kami saling memahami serta membantu dalam penjagaan anak kerana saya tahu minat Tom terhadap aktiviti meluncur. "Insya Allah selepas monsun laut habis tidak lama lagi, kami akan berjumpa semula dan tinggal bersama serta menjalani puasa Ramadan. Selain itu, saya dan Tom pun tidak lama lagi akan muncul dengan lagu duet baharu. "Saya harap dengan penjelasan saya ini, tiada lagi spekulasi yang bukan-bukan timbul mengenai persepsi hubungan rumah tangga kami. Sekali lagi, ditegaskan saya dan Tom masih suami isteri yang sah," katanya. Baru-baru ini, Tom atau nama sebenar, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, bertindak memuatnaik hantaran meluahkan isi hatinya di Facebook dan menarik perhatian ramai yang juga bimbang mengenai keadaannya. "Hidup i kat dunia ni selalu bawak sial kat orang. Kenapa lah aku dijadikan sebagai aku... Aku penat jadi aku...," tulisnya pada hantaran berkenaan. Status hantaran dibuat Tom yang juga peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menimbulkan tanda tanya ramai berikutan dia turut memaklumkan dirinya sedang 'down' tanpa berkongsi sebarang punca. Difahamkan sebelum Tom bernikah dengan Fuad, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara. Hubungan pasangan ini bagaimanapun mekar semula sehingga bernikah selepas masing-masing bertemu kembali di GV9 pada 2022. Sumber – Harian Metro
|

red_velvet replied at 11-2-2026 11:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? H ...
Perawankota replied at 11-2-2026 10:15 PM
Tu aku pelik. Mula2 duduk kt Empire Damansara, Pastu tiba2 pindah Melaka. Pastu tiba2 pindah Kuantan ...
red_velvet replied at 11-2-2026 11:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? H ...
Prickford replied at 12-2-2026 02:41 AM
Lahhh anak pempuan yg kecik tu duduk dgn Fuad kat Melaka ke? Baca pastu nak ke SG pulak menyanyi kat ...
red_velvet replied at 11-2-2026 03:00 PM
Jahat tak kalau nak cakap if jadi apa2 pun pada marriage diorang sikit pun acik por tak surprise? H ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.114095 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.