CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya tidak bekerja ikut telunjuk sesiapa termasuk PM – Azam Baki

12-2-2026 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21311| Komen: 3

 



PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyifatkan beliau tidak bekerja mengikut telunjuk mana-mana pihak termasuk tidak menerima sebarang arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut beliau, segala siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan mandat yang diberikan kepadanya dan bukan atas arahan mana-mana individu.

“Saya tidak mengambil sebarang arahan. Saya hanya menjalankan siasatan. Malah, kes-kes lama atau ‘cold cases’ sekalipun akan disiasat sekiranya terdapat petunjuk atau maklumat baharu. Itu adalah mandat yang diberikan kepada saya.

“Saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya,” katanya dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Azam berkata, beliau tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri mengenai apa yang perlu disiasat kerana perkara itu bukan tertakluk untuk dirujuk kepada mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri tentang apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tertakluk untuk berbincang dengan beliau. Saya akan menyelesaikan perkara ini sendiri dan agensi ini,” tegasnya.

Mengulas dakwaan serta kritikan yang dilemparkan terhadapnya, termasuk membabitkan kes berprofil tinggi, Azam tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang kurang senang dengan siasatan yang dijalankan SPRM.

“Mungkin ada yang tidak suka saya menyiasat kes-kes berprofil tinggi. Saya tidak tahu. Mereka terus menyebarkan maklumat yang salah kepada orang ramai. Saya tidak pasti mengapa,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya wujud campur tangan atau kuasa tertentu dalam siasatan, Azam menegaskan SPRM merupakan satu-satunya agensi penguat kuasa di negara ini yang dipantau oleh lima jawatankuasa pemantau bebas.

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 12-2-2026 09:53 AM
Trust me bro
Quote Solokkk 12-2-2026 09:25 PM
Maharaja Terpaling Lawak
Quote sharlenetexas 12-2-2026 09:38 PM
Zzzzzzzzzz


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.031051 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top