CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Dawson's Creek, James Van Der Beek meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser kolorektal

12-2-2026 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20808| Komen: 0

 



Pelakon Amerika Syarikat (AS), James Van Der Beek, yang popular menerusi siri televisyen "Dawson's Creek," meninggal dunia pada Rabu, selepas bertarung dengan kanser kolorektal. Beliau berusia 48 tahun.

"James David Van Der Beek yang kita sayangi meninggal dunia dengan tenang pagi ini," menurut catatan di laman Instagramnya.

Van Der Beek, yang berkahwin dan mempunyai enam anak, mengumumkan diagnosis kansernya pada 2024.

Dia paling dikenali kerana memainkan watak Dawson, watak utama drama remaja 1998-2003, yang mengisahkan sekumpulan rakan yang tinggal di sebuah bandar kecil di Massachusetts.

Van Der Beek juga mempunyai peranan dalam filem "Varsity Blues" dan "The Rules of Attraction".

Hantaran di Instagram pada Rabu menunjukkan gambar Van Der Beek yang memakai baju putih dan kardigan. Ia juga dikongsi oleh isterinya, Kimberly.

"Buat masa ini, kami meminta privasi yang aman ketika kami bersedih dengan (pemergian) suami, bapa, anak lelaki, abang dan rakan kami yang tersayang," menurut hantaran itu.



Sumber:– Harian Metro

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.022593 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top