|
Menurut jurucakap kementerian itu lagi, Indonesia akan menggunakan Board of Peace untuk berusaha mencapai keamanan yang adil dan mampan di bawah penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin. Indonesia juga akan memperjuangkan perlindungan orang awam serta menggalakkan pemulihan dan pembinaan semula Gaza, tambahnya. Keahlian tetap Lembaga Keamanan dikenakan bayaran bayaran sebanyak AS$1 bilion (RM4.3 bilion), sekali gus mengundang kritikan bahawa lembaga itu boleh menjadi versi bayar-untuk-serta (pay-to-play) bagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indonesia bagaimanapun belum mengesahkan sama ada ia akan membayar yuran keahlian tetap itu. Setiausaha Kabinet negara itu minggu lalu menyatakan bahawa keahlian Indonesia adalah tidak tetap dan boleh menarik diri pada bila-bila masa. Indonesia adalah penyokong kuat kemerdekaan Palestin dan secara konsisten menggesa penyelesaian dua negara. Pihak tentera minggu ini menyatakan kesediaan untuk menghantar sehingga 8,000 anggota ke Gaza jika penempatan Pasukan Penstabilan Antarabangsa yang dicadangkan itu disahkan. Jurucakap kementerian pertahanan, Rico Ricardo Sirait, berkata pada Selasa bahawa belum ada keputusan muktamad berhubung jumlah anggota tentera atau tarikh penempatan mereka. Beliau berkata, anggota tentera Indonesia akan memberi tumpuan kepada sokongan pembinaan semula dan perkhidmatan kesihatan di Gaza. "Pada dasarnya, Indonesia bersedia untuk menyumbang kepada usaha keamanan dan kemanusiaan," kata Rico. - AFP
|
Purestteam1 replied at 12-2-2026 06:42 PM
dulu nusaraya slalu masuk.. ni dah xda.. dh kena tangkap masuk lokap machap umboo ke
PULANGKAN replied at 12-2-2026 08:17 PM
eh ye tak ye, iols lupa terus pasal sheols. tiba2 ghaib
kotakbaju replied at 12-2-2026 10:29 PM
Udah arwah chuolss. Post Banhammer terus. Syukur la. Takyah sakit mata tengok arwah dok post provo ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.039266 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.