|
Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya mengumumkan sudah bercerai dengan suami, Mohammad Azam Abdullah.
Perkara itu dikongsikan oleh Aleya menerusi Instagram sebentar tadi memaklumkan tempoh iddah bersama bekas suami yang juga dikenali sebagai Miko sudah pun berakhir. “Assalamualaikum. Video reel ini adalah kompilasi rakaman dan perkongsian sejak November 2025. “Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh iddah saya. Saya kini secara rasmi telah bercerai. Alhamdulillah ‘alaa kulli haal,” tulisnya. Tidak memberitahu tarikh sebenar perceraian mereka, Aleya berkata dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik. “Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat baik. Terus melangkah ke hadapan, anak-anakku. “Insya-Allah, saya akan pulih dan okay. Jika tidak keberatan doakan saya dan anak-anak,” katanya. Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah. Sebelum ini, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 namun bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan anak kembar kini berusia 17 tahun. Sumber: Rotikaya
|

Kancilkering replied at 12-2-2026 04:36 PM
gitu lh laluan dia
envy je tgk mak pak dia nye marriage…tapi siapa je tau apa yg ditempuhi
teache ...
chandrahusin replied at 12-2-2026 08:08 AM
rajin betul jodoh mereka2 ni
sorang je smpai 2 3x
org biasa nak jumpa 1 jodoh pun

Kancilkering replied at 12-2-2026 04:36 PM
gitu lh laluan dia
envy je tgk mak pak dia nye marriage…tapi siapa je tau apa yg ditempuhi
teache ...
prince_marhaen replied at 12-2-2026 05:03 PM
She too dominant kot. Anak sulong, outspoken & open family. Maybe susah lelaki2 nak adapt.
tapirbiru replied at 12-2-2026 08:17 PM
kekwat dia ni.. yg tau je tau..
supernaturalee replied at 13-2-2026 08:22 AM
dlm radio huhahuha macam takde pape

missbigrockstar replied at 13-2-2026 08:52 AM
Dia jadi DJ radio english tak best pada aku. Tapi dia baca iklan kat radio lightfm tu sedap suara ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.038350 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.