CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Drama Tak Bermoral, Ala Soft Porn, Memalukan & Meloyakan” - Ustazah Asma’ Harun

13-2-2026 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15327| Komen: 21

 



Sejak beberapa hari lalu drama lakonan Uqasha Senrose dan Zul Ariffin menjadi bualan ramai di media sosial dimana ramai yang terkejut dengan dialog drama berkenaan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang menyifatkan drama itu tidak bermoral lebih-lebih lagi ditayangkan menjelang Ramadan.

Ustazah Asma berkata dia tidak menonton drama berkenaan sebaliknya klip babak drama berkenaan muncul di media sosial serta turut berpendapat ianya  memalukan dan meloyakan.

“Drama tak bermoral dan ala ala ‘soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadan, ia amat memalukan dan meloyakan.

“Saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di medsos, dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’. Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan?” tulisnya.

Sementara itu, Ustazah Asma turut mempersoalkan tentang jalan cerita drama tersebut serta pengajaran yang diperoleh.

“Nak cerita bagaimana curang dan sondol tu bermula? Nak didik masyarakat supaya jangan curang?

“Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ni dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran? Jadi penonton kena sabar dulu? Jangan judge jangan buat kesimpulan awal dan lain-lain,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma berkata apa saja tujuan drama berkenaan ianya tidak menghalalkan cara apatah lagi ada melibatkan babak bersentuhan.

“Dan untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa Haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara ajnabi (lelaki perempuan asing).

“Apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah Asmara Haram ni, semuanya adalah maksiat dan dosa. Jelasnya apapun matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang haram,” tulisnya.

Sumber: Rotikaya

  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 13-2-2026 10:02 AM
Tidur lagi sedap..
Quote AuntyZaza 13-2-2026 10:12 AM
Sebab aku mmg x suka julripin ni.
Quote goldden 13-2-2026 10:18 AM
x rs nk tgk drama ni... tp drama yg kamal deli dgn nad hr tu menarik2 utk tgk dan mmg den tgk pon sampai tamat
Quote prince_marhaen 13-2-2026 10:21 AM
oklah daripada ulang2 ceritsa kentut faraj...
Quote lonely_classic 13-2-2026 10:42 AM
Kenapa dia suka review issues macam ni? banyak lagi pressing matters yang dia boleh voice out kan
Quote dudaberhias 13-2-2026 11:08 AM
prince_marhaen replied at 13-2-2026 10:21 AM
oklah daripada ulang2 ceritsa kentut faraj...

Ahahaha khen. Lagi geli iols tengok dia duk live ulang2 cerita kentut faraj dengan tangan tunjuk faraj tutup buka terkemut2. Benda dah pernah ulas pun nak lagi ulang2 10x demi memuaskan jantan gila seks kat youtube.
Quote Purestteam1 13-2-2026 11:09 AM
haha.. layan kartun shrek lagi best
Quote prince_marhaen 13-2-2026 11:18 AM
dudaberhias replied at 12-2-2026 05:08 PM
Ahahaha khen. Lagi geli iols tengok dia duk live ulang2 cerita kentut faraj dengan tangan tunjuk f ...

kecepas kecepus ke bunyi dia?


Quote sukanyanyi 13-2-2026 12:35 PM
lonely_classic replied at 13-2-2026 10:42 AM
Kenapa dia suka review issues macam ni? banyak lagi pressing matters yang dia boleh voice out kan

Agaknya dia rase drama n pilem mlayu makin tenat kot.. tp yg nengok pon acik2 yg da kawrn ke da menjanda ke.. sume dh ade pengalaman.. bebudak lg advanced kan tgk yg homputeh punye.. takde kot nak hadap julripin
Quote youell 13-2-2026 01:24 PM
Betul la apa yg dia tegur.. Muak betul dgn drama Melayu yg tak habis2 penyondol penyondol. Takde kisah lain nak buat
Quote Prickford 13-2-2026 01:32 PM
lonely_classic replied at 13-2-2026 02:42 AM
Kenapa dia suka review issues macam ni? banyak lagi pressing matters yang dia boleh voice out kan

baru jenguk FB setazah ni. Rasa mcm dia ada target ikut kepakaran bidang dia tentang apa yg dia nak tegur. ikutkan nak je suruh dia tegur isu kuil2 haram. tapi rasa ada ustaz2 lain yg lebih berpengalaman nak ulas benda2 gitu. setazah ni pilih isu2 yg simple dah lebih kepada kaum wanita.
Quote Purplehaz 13-2-2026 10:27 PM
sorang berlakon mcm kayu dgn thick voice nya, yg sorang lg ckp mcm nk rap.
Quote Minami2013 13-2-2026 10:46 PM
Kdg malu pulak kalo tertengok drama gini dgn anak. Kena tapis jugak cerita melayu.
Quote helicornia 13-2-2026 11:08 PM
youell replied at 13-2-2026 01:24 PM
Betul la apa yg dia tegur.. Muak betul dgn drama Melayu yg tak habis2 penyondol penyondol. Takde kis ...

Kan, tk abis curang, penyondol, megah holding, pastu gangster lu gua lu gua. Malas dh nk tengok citer melayu
Quote manopBKK 14-2-2026 02:56 AM
Alah setazah.. dalam X...dalam socmed lagi macam2 ada.
Setazah pun tau eh hard, soft bagai...
Quote bottombikini 14-2-2026 06:05 AM
yg si tweety tu pun gigih belanja span 46DD
Quote asfaz 14-2-2026 06:15 AM
Tak pernah minat zulpeti ni,tpi nak tanya masa EF buar drama jijik aritu ,ostazahkentut ni ada tegur tak? Tertinggal pulak kot la ada tegur gak.
Quote timahterung 14-2-2026 10:20 AM
Sori la cakap . Drama melayu zaman sekarang memang tak buleh lawan drama tahun 90 an . Tahun 90 dulu tema dia macam macam dan pelbagai bukan macam zaman sekarang , bila sorang produser buat tema curang , yang lain lain pun ikut sama sampai jadi muak . Pelakon pulak lebih nak glamerkan diri sendir tak macam pelakon zaman dulu memang betul betul masuk dalam karakter yg diorang bawa . Aida Rahim , Jalaludin Hassan lakonan diorang dulu memang mantopp!!!
Quote gekkou 14-2-2026 07:24 PM
rumah kedai juga best

aku setuju je ustazah tegur drama2 melayu yang melebih2 ni
ku tunggu ustazah tegur adik retis bff kesayangan ustazah
daripada dah gaya macam laki bini sampai dah kena dump
sepatah pun tiada ucapan dari ustazah
time issue video clip restis
lahu dia tegur

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039847 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top