CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digosip sudah peluk Islam, Keith Foo minta tunggu akhir tahun - "Saya takkan umumkan (masuk Islam). Biarlah orang tahu sendiri"

13-2-2026 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18473| Komen: 14

 



Kekasih Riena Diana, iaitu Keith Foo belum sedia mengulas dakwaan konon sudah memeluk Islam, sebaliknya, lebih selesa membiarkan perkara itu sebagai urusan peribadi.

Keith rela membiarkan isu kemungkinan dirinya sudah memeluk Islam dalam proses mengahwini Riena, menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

"Kita lihat sahaja apa yang akan berlaku pada akhir tahun ini. Buat masa sekarang, apa yang kami lakukan adalah saling melengkapi dan menyokong antara satu sama lain terutamanya dari segi kerjaya.

"Sekarang sudah hendak puasa, jadi, kita akan sokong satu sama lain. Ramai orang di luar sana suka bagi komen negatif, jadi, bagi mereka komen dulu. 

"Kita lihat apa reaksi mereka kemudian. Saya fikir perkara macam ini tidak diumumkan sebab ia datang dari hati kita sendiri. Jadi, biarlah ia diketahui secara semula jadi," katanya pada kempen Ramadan Raya (RR) 2026: Jwanjih Kenyang di ibu negara, malam tadi.

Keith bagaimanapun mengaku dia masih dalam proses mempelajari ilmu agama Islam.

"Saya takkan umumkan (masuk Islam). Biarlah orang tahu sendiri sebab perkara ini semula jadi dari hati. Bukan sesuatu yang perlu kita kecoh-kecohkan.

"Saya masih belajar. Kadang-kadang ada yang kekurangan daripada saya, Riena akan tunjuk ajar. Dia akan beritahu. Kita pun membesar dengan agama masing-masing, jadi saya pun banyak benda tidak tahu.

"Terima kasih pada Riena yang banyak mengajar. Lagipun, dalam keluarga saya sendiri, sudah ada tiga mualaf. Jadi, ini adalah perkara biasa dalam keluarga saya," katanya.

Apabila ditanya mengenai pandangannya terhadap keindahan Islam yang membuatkan dirinya tertarik, Keith mengakui rasa tenang.

"Saya rasa ketenangannya. Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita selalu sebut Alhamdulillah. Tidak apalah, mungkin belum masanya lagi, mungkin lain kali.

"Selain itu, ia memberi ketenangan dan tidak memaksa. Akhir sekali, ia adalah bagaimana kita melihat diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Keith teruja untuk menyambut Ramadan dan akan cuba untuk berpuasa penuh, tahun ini.

"Tahun lepas pun kami berpuasa bersama, tapi pada masa sama, ayah saya meninggal dunia. Riena ada dengan saya sepanjang proses itu. Ketika ayah saya di hospital pun saya puasa dengan Riena, tahun lalu.

"Dapatlah hampir sebulan juga. Jadi tahun ini saya akan cuba puasa penuh," katanya.

Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 13-2-2026 02:54 PM
Ex dah islam, dia dalam bayangan
So anak dia skylar kan nama? Mesti convert nama lailar nanti, agak awkward mak pak islam anak bawah umur tertinggal agama lama
Quote orangbiasaje 13-2-2026 06:57 PM
likilu: Ex dah islam, dia dalam bayang ...
eh, ex dia pun masuk islam ka?
Quote helicornia 13-2-2026 10:09 PM
orangbiasaje replied at 13-2-2026 06:57 PM
eh, ex dia pun masuk islam ka?

Dah kawin dgn melayu
Quote Goodluckdontcry 13-2-2026 10:24 PM
Kan kalau kata budus..nt marah..benda2 penting begini, wajib bagitau..supaya kalau ko kiok or kojol nanti, xde la org berebut nak tanam ko dekat mana..apa punya dangkal la statement..
Quote KirazMevsimi 14-2-2026 09:15 AM
oo dia nak masyarakat tau sendiri. kalau dah sah Islam nanti, moga baik baik semua nye ye. kot² minggu depan ada penampakan kitpu ni tarawikh kat masjid. gituuu
Quote KirazMevsimi 14-2-2026 09:16 AM
ramadhan tahun lepas kitpu tolong antor kan air minum kat buah hati waktu jemaah tarawikh. risau haus. tahun ni sesama bawak bekal ye
Quote royaldanish 14-2-2026 11:08 AM
Goodluckdontcry replied at 13-2-2026 02:24 PM
Kan kalau kata budus..nt marah..benda2 penting begini, wajib bagitau..supaya kalau ko kiok or kojol  ...

alaaa cuols family dia kompom la dia inform sesiap & awal
masyarakat majmuk ni tau2 sendiri lah nanti
kalau apa2 hal kompom la emergency contact pg family
Quote Goodluckdontcry 14-2-2026 11:45 AM
royaldanish replied at 14-2-2026 11:08 AM
alaaa cuols family dia kompom la dia inform sesiap & awal
masyarakat majmuk ni tau2 sendiri lah na ...

Yela..dah kome komen gitu..den blh terima la..

Tp ada juga kes dulu..yg India tu, xsilap den, bekas pendaki Everest..jabatan agama kata, dia dh peluk Islam..ada dlm pendaftaran..tp keluarga mati2 kata dia hindu..endingnya xsilap, ditanam as muslim la rasanya..den ingt2 lupa..tp hot juga kes tu..sbb tu pendpt den..bgtaula secara umum..keluarga ko, of course la bgtau juga...tp lantak ko la disitu Keith yong tau foo..ada aku kesah... kehkehkeh
Quote mrseller 14-2-2026 01:53 PM
When your cock is the real boss
Quote L.U.S.M 14-2-2026 06:03 PM
Bab masuk Islam xnk war2 kan

Bab berkepit wpon belum kahwin beriya plak war2kan


Sejak si riena ni kapel dgn apek cina ni terus aku xminat dia..wpon kulit dia lawa n pada aku dia blh dpt better..jantan ni loser kot..red flag sgt
Quote asfaz 14-2-2026 06:37 PM
KirazMevsimi replied at 14-2-2026 09:15 AM
oo dia nak masyarakat tau sendiri. kalau dah sah Islam nanti, moga baik baik semua nye ye. kot² min ...

Alahh nanti dia up igs/post. Maka tau la masyarakat.

Quote awenda507 14-2-2026 08:09 PM
Nk tunggu kompem kawen dgn riena baru nk announce ke
Quote AWEKSAMURAI 14-2-2026 08:27 PM
Goodluckdontcry replied at 14-2-2026 11:45 AM
Yela..dah kome komen gitu..den blh terima la..

Tp ada juga kes dulu..yg India tu, xsilap den, bek ...

Kdg2 india ni mmg cmtu bukan dorang xtau tp nk menang ke dorang jgak.... Nak plak agama Hindu kalau Kristian x merepek sgt... Mcm. Family husband aku Kristian.. sbb tu mudah je.... Mcm. Family husband aku makan ke. Life ke apa sama mcm kita ni .. xmakan babi apa sume... Beza cara semayang je lah ..
Quote Carcosa 14-2-2026 11:01 PM
Mak si Kitpu ni mesti garu2 kepala.
Yelah, anak ada empat orang. Tiga dah masuk Islam (kalau Kitpu dah masuk lah).
Tinggal sorang je bujang belum kawin. Kalau masuk Islam jugak, semua anak2 dia complete.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.237973 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top