CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Insiden rumah ibadat di Rawang, MKN Selangor tetapkan langkah perlu diambil pemilik tanah

13-2-2026 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20240| Komen: 47

 



SHAH ALAM: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil pemilik tanah sekiranya berlaku pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata antara langkah itu pemilik perlu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya proses pendakwaan dimulakan sekiranya kesalahan pencerobohan dapat dibuktikan.

"Notis perlu dihantar kepada pihak penceroboh dan perkara terbabit dimaklumkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang mana Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) dipengerusikan Pegawai Daerah juga diaktifkan di semua daerah di Selangor.

"JKD akan bertindak sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkepentingan termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, PDRM dan PBT bagi mencari penyelesaian yang munasabah.

"Sekiranya usaha itu tidak mencapai kata sepakat, JKD akan menasihatkan pemilik tanah untuk meneruskan tindakan melalui proses mahkamah.

"Pendekatan itu diambil bagi memastikan setiap tindakan membabitkan pihak berkuasa serta mengelakkan sebarang insiden yang boleh mencetuskan ketegangan atau rusuhan daripada berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat MKN Negeri Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Panglima Markas 11 Briged, Yang Dipertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pegawai Daerah bagi membincangkan tahap keselamatan awam negeri.

Amirudin berkata, mesyuarat itu diadakan petang tadi susulan insiden membabitkan rumah ibadat di Rawang yang menimbulkan silang pendapat daripada pelbagai pihak selain mencetuskan kegusaran masyarakat.

Katanya, ketika ini PDRM sedang menyiasat insiden berkenaan dan akan melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

"Secara keseluruhan, terdapat dua isu utama membabitkan rumah ibadat yang tidak sah iaitu rumah ibadat yang menduduki tanah milik kerajaan negeri dan rumah ibadat yang didirikan di atas tanah milik persendirian.

"Bagi isu pertama, saya sudah mengarahkan supaya prosedur yang sedang diguna pakai di peringkat kerajaan negeri dipertingkatkan dan tindakan segera di peringkat PBT serta pengukuhan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) Jawatankuasa LIMAS yang lebih jelas.

"Untuk rumah ibadat yang menduduki tanah milik persendirian pula, proses sedia ada memerlukan pemilik tanah untuk melantik peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sebarang pengosongan dan perobohan berlaku.

"Semua pihak tidak boleh mengambil tindakan sendiri tanpa melalui proses mahkamah. Ini berdasarkan Kanun Tanah Negara dan undang-undang berkait tanah," katanya. 

Sumber : Berita Harian 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 13-2-2026 01:14 PM
Edited by airfilterkotor at 13-2-2026 01:16 PM

Itu yang sepatutnya.
Pengalaman aku halau squatter dalam tapak, bila dapat perintah dari mahkamah, loyar, waris dan sherif mahkamah datang serah dokumen kepada penghuni haram.

Cukup edah... polis, PBT, TNB dan agensi yang terlibat turun padang.
PBT angkut barang letak luar tapak.
Polis kawal keadaan.
TNB potong api.
Jentera PBT masuk terus tolak apa-apa binaan dalam tu, takde banyak cakap.
Selesai masalah tuan tanah walopun kena keluar duit bayar fee loyar.

Kau (yakni squatter) nak berdrama dengan wartawan, silakan.
Nak lawan kat mahkamah dengan dakwaan-dakwaan pukul semak (100 tahun ke, pra-sejarah ke, karenah birokrasi sebelum merdeka ke)... silakan.

Sebab itu, dalam konteks binaan haram ni, dorang cuba meraih simpati dengan mengalihkan perhatian anda semua jauh dari subjek sebenar, spin cerita sedih perihal rumah ibadat dan perkauman. Isu yang takde kaitan pun.

Subjek sebenar adalah binaan haram. Period.

Quote FOTHER-MUCKER 13-2-2026 01:16 PM
Seperti di uk. Jika ada orang menceroboh masuk kerumah sewaktu tuan punya rumah pergi holiday, balik kerumah tengok ada orang duduk di rumah, tuan punya rumah tidak boleh sesuka hati menghalau penceroboh. Nak menghalau penceroboh mesti bawa kes ke mahkamah dan akan memakan masa berbulan, mungkin sehingga 12 bulan dan kos mungkin belasan ribu £.  Adakah Malaysia Selangor nak mencontohi undang undang uk?
Quote Skuau 13-2-2026 01:32 PM
FOTHER-MUCKER replied at 13-2-2026 01:16 PM
Seperti di uk. Jika ada orang menceroboh masuk kerumah sewaktu tuan punya rumah pergi holiday, balik ...

Kenapa ko bgtau...kang depa amik idea ni...lg menambah bala...
Quote MissVixen 13-2-2026 01:44 PM
Memang itu proses sepatutnya. Polis tak boleh berkasar dan halau tanpa perintah mahkamah, bailif, lawyer hadir. India ni ramai jadi peguam, pandai la diorang nak belit2 hal isu binaan haram ni. Cuma itu la kesian tuan tanah nak kena hadap, keluar duit, habiskan masa untuk uruskan benda ni. Kalau mahkamah suruh penceroboh tu bayar ganti rugi pun takdenya diorang nak bayar. Kena pergi mahkamah lagi, bayar tambahan lagi dekat lawyer untuk suruh dia bayar denda tu.
Dulu 2 tahun lebih baru squatter tempat aku keluar, itupun lepas sherif mahkamah datang. Sampai mati aku tak maafkan...betapa stressnya nak kena hadap manusia macam ular ni.
Quote silance 13-2-2026 02:02 PM
Ni yang dah direnovate. Yang kecik-kecik below 1 kaki persegi boleh urus sendiri ke? Tapi selalunya stage ni tak kesah pun sebab tu lah makin besor.
Quote L.U.S.M 13-2-2026 02:16 PM
Bodoh betul org melayu yang jadi petualang ni ye

Ko buat mcm ni esok lusa ank cucu ko blk yg kena tindas

Masa tu siapa je nk jadi pembela ??
Quote lanacondor 13-2-2026 02:20 PM
airfilterkotor:  Edited by airfilterkotor at 1 ...
brp total kos choulz setelkan kes tu?
Quote bedahcyber 13-2-2026 02:40 PM
Tuan tanah pihak yang teraniaya. Kerajaan bantu le. Permudahkan urusan. Kalau ada bayaran, waive atau tanggung le sebab awal2 lagi PBT tak buat keje.
Quote airfilterkotor 13-2-2026 02:48 PM
lanacondor replied at 13-2-2026 02:20 PM
brp total kos choulz setelkan kes tu?

Kos loyar, kos nak dapat perintah, panggil polis, PBT dan lain-lain agensi.... aku ingat dalam belasan ribu jugaklah.Tapi samada semua kos tadi bergantung kepada harga pasaran/keluasan tanah atau tidak... aku tak pasti. Kena tanya yang lebih arif.

Namun amat-amatlah berbaloi sebab tanah tu terus kosong takdak penghuni dah. Clear abis.


Quote lipans 13-2-2026 02:54 PM
Tuan tanah boleh tuntut kos sewa selama binaan ada tak?
Quote PULANGKAN 13-2-2026 02:56 PM
airfilterkotor replied at 13-2-2026 02:48 PM
Kos loyar, kos nak dapat perintah, panggil polis, PBT dan lain-lain agensi.... aku ingat dalam bel ...

belas ribu tu, sakit hati dengar kita kena tanggung jumlah tu
kalau saman suruh penceroboh bayar boleh ke

dia buat perangai, kita pulak kena keluar duit, banyak santek

kalau iols takde dah guna lawyer bagai ni. memang iols guna cara kasar. masuk secara biadab, aku pun halau dengan cara biadab.

sial punya perangai, geram aku isu ni
Quote silance 13-2-2026 03:03 PM
SHAH ALAM: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil pemilik tanah sekiranya berlaku pencerobohan dan pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan.

Dari perenggan 1 sampai habis nasihat untuk pemilik tanah.

Apa pula peringatan, reminder, perintah kepada yang lagi satu bahawa with imidiate efek perbuatan pacak-pacak tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas tanah sendiri?
Quote s@s@ 13-2-2026 03:04 PM
airfilterkotor replied at 13-2-2026 01:14 PM
Itu yang sepatutnya.
Pengalaman aku halau squatter dalam tapak, bila dapat perintah dari mahkamah,  ...

berapa kos pemilik kena tanggung?
Quote terma2nkondisi2 13-2-2026 03:05 PM
airfilterkotor replied at 13-2-2026 01:14 PM
Itu yang sepatutnya.
Pengalaman aku halau squatter dalam tapak, bila dapat perintah dari mahkamah,  ...

dungunya proses
Quote s@s@ 13-2-2026 03:10 PM
oh dah ada jelas kat atas

cuma pelik yang kes ezy durian kena bakar sebab buat kedai atas tanah org, polis x amik tindakan pun kat yg bakar. ke layanan berbeza ikut bangsa penceroboh
Quote airfilterkotor 13-2-2026 03:12 PM
PULANGKAN replied at 13-2-2026 02:56 PM
belas ribu tu, sakit hati dengar kita kena tanggung jumlah tu
kalau saman suruh penceroboh bayar b ...

Kalau ikutkan hati memang terasa nak guna cara kasar. Tapi sebenarnya tak berbaloi sebab tak memasal nanti kita disabitkan dengan akta keganasan pulak.
Ikut jer saluran sediada.

Macam aku tulis awal tadi, subjeknya adalah binaan haram/pencerobohan.
Isu rumah ibadat kaa perkauman kaa itu semua auta lagi mengarut jaa kita jangan sesekali terperangkap dan layan keluhan dorang... dorang saja nak kalih perhatian.
Quote shamsadis 13-2-2026 03:14 PM

Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:14 PM

itu la pasal

proses yang menteri besar bagitau kat atas pun sama bingai

  • pemilik perlu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan dan seterusnya proses pendakwaan dimulakan sekiranya kesalahan pencerobohan dapat dibuktikan.
  • "Notis perlu dihantar kepada pihak penceroboh dan perkara terbabit dimaklumkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang mana Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) dipengerusikan Pegawai Daerah juga diaktifkan di semua daerah di Selangor.
  • "JKD akan bertindak sebagai pengantara dengan memanggil semua pihak berkepentingan termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, PDRM dan PBT bagi mencari penyelesaian yang munasabah.
  • "Sekiranya usaha itu tidak mencapai kata sepakat, JKD akan menasihatkan pemilik tanah untuk meneruskan tindakan melalui proses mahkamah.


dalam isu ni, penyelesaian ni tak membantu pemilik tanah langsung. hujung2 lepas tangan, suruh pemilik tanah settle sendiri kat mahkamah. bodo betul.

mark my word, orang ramai, tuan tanah lain yang tak berkesempatan untuk buat proses bodo ni, dan yang tak berkemampuan untuk panjangkan ke mahkamah, akan pilih jalan ke 3, settle sendiri.

bila settle sendiri ni jadi, memang huru-hara jadinya. tuan tanah kena protect tanah sendiri.
menteri semua tak boleh harap.
Quote PULANGKAN 13-2-2026 03:18 PM
airfilterkotor replied at 13-2-2026 03:12 PM
Kalau ikutkan hati memang terasa nak guna cara kasar. Tapi sebenarnya tak berbaloi sebab tak memas ...

betul chuols, iols setuju. maaf, hangat hati pasal isu ni

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.171792 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top