|
Kuala Lumpur: "Selepas belasan tahun terpaksa menahan kesakitan akibat didera suami, saya bersyukur dapat kembali ke kampung halaman," kata Norida Akmal Ayob, 45, yang berjaya dibawa pulang ke tanah air, semalam selepas 18 tahun terkandas di Lombok, Indonesia dan terpisah dengan keluarga, di sini.
Menceritakan pengalamannya, Norida berkata, dia pergi ke Lombok ketika Ramadan 2007 selepas diminta suaminya untuk mengikutinya balik ke kampung halamannya di Kampung Dusun Bajo, di sana. "Sebelum ini, saya berkahwin dengan suami di Thailand pada 2005 dan anak sulung kami lahir pada tahun sama. Suami kemudian balik ke Lombok bagi menguruskan pengebumian bapanya. "Suami kemudian minta saya pergi ke Lombok sebelum saya dan anak (Nur Fatin Akmadiana, kini berusia 20 tahun), datang ke sana seperti diminta suami," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini. Norida berkata, pada mulanya, dia menjalani kehidupan seperti biasa sebagai suri rumah di Lombok dan melahirkan anak kedua, Mohamad Sabani Danial, pada 2008. "Penderitaan saya bermula apabila suami mula pamer perangai sebenarnya yang panas baran dan kaki pukul. Dia kerap pukul dan tendang saya sehingga saya cedera. "Malah, suami juga pernah 'tertangkap' curang dengan saya. Saya terpaksa bertahan dalam perkahwinan itu demi anak-anak," katanya. Menurutnya, dia mengetahui dirinya dicari ahli keluarga selepas dimaklumkan oleh jirannya yang melihat hantaran dimuat naik sepupunya, Mohd Shahnizam Basri, 41, di Facebook. "Saya mula berhubung dengan sepupu menggunakan telefon jiran memandangkan saya tiada telefon ketika itu. "Jangan katakan telefon, nak dapat wang 1,000 Rupiah (0.23 sen) pun susah. Saya hidup bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami," katanya. Norida berkata, dia meminta tolong kepada sepupunya untuk membawanya serta anak balik ke Malaysia selepas dia bercerai dengan suami tahun lalu. "Saya buat keputusan untuk bercerai selepas anak-anak sudah besar. Disebabkan itu juga, saya mahu kembali ke tanah air yang saya sentiasa rindukan selama ini. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, pihak Jabatan Imigresen Malaysia serta Indonesia selain pihak kedutaan kedua-dua negara. "Atas usaha mereka, saya dan anak, Nur Fatin (Akmadiana) dapat kembali ke tanah air, manakala anak kedua tinggal bersama bapanya di Lombok," katanya. Terdahulu, media melaporkan Norida selamat dibawa pulang ke tanah air, semalam, selepas 18 tahun terpisah daripada keluarganya. Sumber: Harian Metro
|
Samerosie replied at 16-2-2026 11:40 AM
Maaf nak tanya mangsa yg mana satu. Cara cerita iols imagine kurus kering tak cukup makan baju lusuh ...
.....Nampak sgt muka indon.Nampaknya indon dh tukar MO.Menyamar wanita Msia 'dibawa lari' ke lombok....apa punya gomen..kena scam ngn indon
prince_marhaen replied at 16-2-2026 06:33 AM
Hadap lagi kotey lombok kan... bertahan sebab anak katanyaaaa.... hujung2 merempat minta tolong gome ...
prince_marhaen replied at 16-2-2026 02:33 PM
Hadap lagi kotey lombok kan... bertahan sebab anak katanyaaaa.... hujung2 merempat minta tolong gome ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.102535 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.