CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang – Che Ta

18-2-2026 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39569| Komen: 14

 


Pelakon Rozita Che Wan masih mengekalkan rutin setiap tahun dengan menunaikan solat tarawih di rumah bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta, dia tidak melakukan sebarang persiapan berbeza pada Ramadan kali ini dan hanya mengikut rutin kebiasaan seperti tahun-tahun terdahulu.

“Semuanya biasa saja. Selalunya kalau persiapan raya memang saya sudah buat awal dan tiada aktiviti seni yang padat, cuma ada tiga hari penggambaran sahaja.

“Persiapan puasa tiada apa sangat, masak untuk berbuka dan sahur dan tarawih satu famili.

“Tapi saya tak tarawih di masjid pun, hanya lakukan di rumah saja,” katanya kepada Kosmo! Online pada kempen Jwanjih Kenyang RR2026 TV3 di sini, baru-baru ini.

Sempat ditanya mengenai jumlah persalinan keluarganya untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, dia hanya meminta orang ramia menanti perkongsian dalam media sosial.


“Baju Ramadan tak ada apa pun, hanya pakai Kaftan Che Ta saja.

“Baju raya sudah ‘ready’, jangan tanya berapa pasang, tengok saja dalam Instagram saya nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, Che Ta sering menjadi bahan bualan netizen setiap kali menjelang raya apabila tampil memakai persalinan sedondon bersama keluarga tercinta termasuk suami dan anak perempuannya, Zain Saidin serta Aaisyah Dhia Rana. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 19-2-2026 05:38 AM
Tapi cikta, diorang mintak cikta hias rumah normal normal masak hidang cantik cantik jemput family kawan semua

Penat dah tgk gambar baju raya sendodon dekat lobby hotel ke studio tah mana mana

Gituu kecaman pertama I di bulan ramadhan
Quote asfaz 19-2-2026 05:52 AM
Mesti sikit tak banyak macam tahun lepas.
Quote Tinot7 19-2-2026 05:56 AM
Awat mekap che ta tak lawa..
Quote redz85 19-2-2026 07:52 AM
ntah lah che ta.. sekarang setiap kali keluar cerita.. aku asik teringat bab hutang..
Quote harkktuih 19-2-2026 08:20 AM
awat muka tok bida je gamba kat atas?
Quote Prickford 19-2-2026 08:49 AM
Orka pon tak gini oiiiii. Orka takat baju selai dua yg baru, pastu deyols repeat pakai baju lama. Che Ta mmg kuat membazir. Tak bagus pangai gini Che Ta oiiii. Iolls rasa hutang Spaylater & Atome Che Ta ni mesti banyak hahahaha
Quote prettyuglybabe 19-2-2026 10:20 AM
takut orang highlight hutang mara la tu
Quote marchikobonzo 19-2-2026 10:58 AM
Makin tebal bibior kome
Quote seri_mawr 19-2-2026 11:49 AM
lain muka che ta.....
udah mcm tok vida...
iras nursajat pun ye juga..

awat lain che taa... makeup ke..??
Quote slyfynx 19-2-2026 03:44 PM
Die ni makin lama nmpk makin x cantik dgn make up cmtu
Quote noor2 19-2-2026 07:04 PM
Banyak baju lawa2 kat tiktok sekarang....mmg menguji kewangan sungguh
Quote LadyCarefree 20-2-2026 12:31 AM
Nekta dah lama tak berjalan ke luar negara satu famili berboria baju kan? Dia masih berhutang ke? Rumah dia masih ada?
Quote zallama 20-2-2026 12:48 AM
hutang da settle ke..gittew ak mnyibuk sall hutabg org..haha
Quote PULANGKAN 20-2-2026 02:17 AM
harkktuih replied at 19-2-2026 08:20 AM
awat muka tok bida je gamba kat atas?

risau iols nak cakap, tapi iols pun nampak benda sama waktu skroll tadi

sekali imbas, tok vida. bila baca tajuk, lahh orang lain

diorang mekap serupa ke, atau ada bau-bau bacang? sedara jauh? nampak serupa pulak gambar atas tu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.268748 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top