CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga bazar Ramadan ‘cekik darah’, ayam golek cecah RM60, murtabak RM10 sekeping, roti john ayam RM20

21-2-2026 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24213| Komen: 5

 


PETALING JAYA – Segelintir pengguna media sosial mula mempersoalkan harga makanan di bazar Ramadan tahun ini yang didakwa semakin tinggi dan tidak masuk akal.

Menurut hantaran di laman X @MalaysianFoods, terdapat peniaga yang didakwa meletakkan harga bagi ayam golek sehingga mencecah RM60 seekor.

Hantaran yang sama turut berkongsi beberapa harga makanan terkini yang dijual di bazar Ramadan.

“Ini sebab kenapa kita tak perlu pergi bazar. Harga karipap RM10, murtabak RM10 sekeping, roti john ayam RM20 manakala daging RM25 serta air balang cawan kecil RM8 dan cawan besar RM15,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai turut meluahkan kekecewaan ekoran kenaikan harga mendadak yang dikenakan oleh segelintir peniaga.

“Tidak disangkal lagi harga di bazar Ramadan mahal dan tidak berpatutan malah ada yang menipu, elok masak sendiri di rumah dan makan ala kadar sahaja,” kata Hassan.


“Tak silap aku, tahun lepas murtabak RM5 sekeping kan. Lajunya naik sampai RM10,” soal Iceb.

“Betul-betul ‘cekik darah’. Baik pergi restoran makan untuk berbuka,” kata Hafiz.  

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 22-2-2026 07:20 AM
Ni komen, stakat hari ni belum g bazar. Lalu je. Tp x leh masuk sbb sesak dgn manusia
Quote mejaputih 22-2-2026 08:37 AM
knp nk beli ayam golek yg harga sekor rm60?
baik beli sekor ayam, perap and then grill dlm oven....lg terjamin kebersihan..
iols dolu2 penah kena ayam golek beli tepi jalan ada telur lalat...nasib baik nampak masa nk potong.
Quote ninja boy 22-2-2026 08:41 AM
Baik pi KFC mekdi ayamas
Quote Tinot7 22-2-2026 10:33 AM
Masak sendiri je la..
Quote Blu3butter 22-2-2026 10:37 AM
Kalau dah rasa malas masak ari tu baik la gi restaurant je makan. Mmg la Param ni byk pilihan tp dgn rega begini lg baik nikmati juadah kat tempat yg selesa siap ada org layan lagi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.035992 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top