CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Rafizi sudi, Caprice sedia untuk berdamai

21-2-2026 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 34696| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Penyanyi rap dan pempengaruh, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice sedia berdamai dengan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung isu rasuah yang tular di media sosial.

Caprice menerusi satu sidang akhbar hari ini turut menghadiahkan’ sejambak bunga mawar sebagai tanda permohonan maaf serta tidak mahu memanjangkan lagi persengketaan tersebut.

“Saya menghulurkan tangan kepada Rafizi. Kalau Rafizi sudi, Cap sedia untuk berdamai.
Saya belikan anda bunga hari ini, bunga ini mungkin tahan sekitar tujuh hari sebelum layu.

“Jadi, saya harap dalam masa tujuh hari ini, kita dapatlah berdamai. Saya juga meminta maaf dan jangan saman saya, Kami hanya tanya soalan yang bagi Cap, soalan relevan,”katanya pada sidang akhbar tersebut.

Mengulas lanjut, Caprice berkata, beliau sebelum ini tidak pernah mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak.


Namun katanya, hari ini beliau melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada Rafizi supaya menarik balik hantaran dibuatnya, menghentikan segala kenyataan fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Tambah Caprice, beliau memberi masa kepada Rafizi sehingga jam 5 petang esok untuk menuruti notis tuntutan berkenaan dan sekiranya Ahli Parlimen Pandan itu ingkar, pihaknya akan meneruskan proses tindakan undang-undang.

Sebelum ini, Rafizi memberi amaran akan memfailkan saman terhadap Caprice sekiranya tiada permohonan maaf dibuat selepas fakta sebenar dibentangkan.

Beliau menafikan terbabit dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengannya.

Rafizi berkata, tuduhan itu adalah fitnah yang dijaja oleh Caprice.

SUMBER – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ThierryHenry 22-2-2026 02:27 AM
No doubt this is an excellent post I got a lot of knowledge after reading good luck. Theme of blog is excellent there is almost everything to read, Brilliant post.        tonic water
Quote Purestteam1 22-2-2026 05:00 AM
jangan takut...lawan... hahaha.  
Quote cm_vungtau 22-2-2026 06:31 AM
Ko yang fitnah orang tu, ko pulak kasi dia 7 hari untuk berdamai. Ya salam
Quote Blu3butter 22-2-2026 10:57 AM
Ini kes bersalah tp takmo tunjuk salah & masih nak mengaku terpaling betul la ye...
Harap rafizi teruskan je niat nak saman tu
Quote pengecatbintang 22-2-2026 11:42 AM
play victim?
Quote Decaffeinated 22-2-2026 01:06 PM
komplikated nya cerita ni, siapa yang nak gaduh siapa yang nak damai sebenarnya.
Quote Zirara99 22-2-2026 06:14 PM
Malu kan sebenarnya.
Quote Purestteam1 22-2-2026 08:29 PM
ye kot. klu betul fitnah n kena saman apa yg nk dibayaukan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.070922 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top