Oleh : Fyruz Hanna Umumnya, kita membeli barangan dengan membandingkan harga sebelum membuat pembelian. Nak-nak jika dimomokkan dengan harga promosi terpampang yang jauh lebih murah dari harga biasa. Sebagai rakyat berhemah, harus peluang sebegini digunakan sebaik mungkin namun yang tak kenanya apabila tiba di kaunter bayaran, harga yang di scan jauh lebih tinggi dari harga dipamerkan. Salah siapa?
Ramai yang mempersoalkan, adakah benar ia salah pekerja yang salah menyusan barang atau berlaku kesalahan semasa melabel harga? Seperti yang berlaku di sebuah pasaraya di Seremban Jaya, orang ramai kecewa dengan sikap pasaraya tersebut yang disifatkan taktik menipu pelanggan. Dakwa seorang netizen: “Saya nak beli ayam Drumet Ayamas kerana harga yang dipamerkan ada promosi iaitu RM10.90. “Tetapi bila saya bayar di kaunter, harga berubah kepada RM16.90. Jadi, saya berasa tertipu dan mahu pulangkan semula ayam tersebut,” katanya. “Sebaik sampai kaunter, saya lihat banyak ayam Drumet Ayamas atas meja kaunter yang dipulangkan pelanggan. “Jadi, saya lihat ramai yang sudah tertipu tetapi kenapa pihak pasaraya tidak ubah harga promosi yang dipamerkan,” seperti dipetik dalam Sinar Harian. Berdasarkan laporan, KPDNKK telah pun membuat serbuan dipasaraya terbabit dan siasatan lanjut dilakukan. Bagi mereka yang pernah tertipu atau merasa ditipu boleh membuat aduan terus di talian hotline 1-800-886-800. Apa pun, sebagai pengguna, kita mempunyai hak dan ia dilindungi oleh KPDNKK. Dan antara perkara yang sering ditipu oleh peniaga menurut laman sesawang kpdnkk adalah:
-CARI Infonet. Sumber: SinarHarian, knpnkk
|
budakshinchan replied at 11-2-2016 12:25 PM
rajin rajin la gi check kat scan bar code tu.. leh tau harga.. kalo nampak harga murah.. why not gi ...
fifie_olin replied at 11-2-2016 12:23 PM
rajin gk aku shpg kt tesco...
x tau plk aku psl ni sbb aku x cek resit
budakmanentah replied at 11-2-2016 12:50 PM
aku pernah kena kat tesco...masa tu nk beli sabun mandi lifebuoy botol besar. punya la terpampang ha ...
mayaBB replied at 11-2-2016 12:42 PM
scan bar counter tu bukan selalu letak dekat2... kalau mcm tu kenapa nk kne ade price tag kalau pe ...
ADVERTISEMENT