Oleh : Dean BZ
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan bahawa Malaysia akan menerima dua pesawat helikopter tempur ringan jenis MD-530G daripada syarikat Mcdonnell Douglas hujung tahun ini. Beliau berkata, aset terbaharu itu membuktikan kerajaan serius dalam memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). "Dari segi persiapan dan perancangan apa yang kita lakukan di Sabah, saya rasa telah dilakukan sebaik mungkin dan kita ada dua pelantar minyak yang diubah suai serta kita telah terima Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC).
"Ini semua bagi memperkukuh pertahanan di ESScom," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen. Tambah Hishammuddin, pihaknya telah menggerakkan kereta perisai 8x8 ke Tawau, mengerakkan jet pejuang Hawks ke Labuan serta Sabah yang akan memiliki satu batalion baharu. "Apa yang kita letakkan di Sabah akan juga merangkumi keselamatan di Sarawak dan termasuk Brunei kerana Ke bawah Duli (Sultan Hassanal Bokiah) telah kurniakan kepada kita empat buah helikopter Blackhawk. Blackhawk ini akan dilengkapi dengan 'gatling gun' dan peluru berpandu," katanya. - CARI Infonet. Sumber - Bernama |
4
Bagus |
6
Marah |
11
Terkejut |
4
Sedih |
2
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
membuktikan kerajaan serius dalam memperkukuh pertahanan
bangcak replied at 12-2-2016 10:55 AM
selang baper bulan, enjin hilang.
ujong2 nuri jaman sarjan hasan jugak pegi bertempur
dizeck replied at 12-2-2016 10:45 AM
dua daripada keseluruhan enam yang dipesan
malaysia merupakan negara pertama menggunakan MD-530G
...
dizeck replied at 12-2-2016 10:45 AM
dua daripada keseluruhan enam yang dipesan
malaysia merupakan negara pertama menggunakan MD-530G
...
altimi replied at 12-2-2016 03:03 AM
ATTACK HELICOPTER
ADVERTISEMENT