CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amin Pernah Diugut Kerana Pertahan Hak Melayu P.Pinang - Isteri

12-2-2016 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12705| Komen: 69


Oleh : Dean BZ

Lelaki yang pernah menimbulkan kekecohan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di George Town pada tahun lepas, Syed Amen Jainul Abidin, 46, maut ditembak di Jalan Datuk Keramat awal 3.30 pagi Khamis. Dia dikatakan pernah diugut beberapa kali kerana lantang dalam mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.

Isteri mangsa Masita Abu Bakar, 46, berkata suaminya yang juga 
ahli perniagaan pernah memberitahunya mengenai perkara berkenaan dan berpesan agar mereka sekeluarga lebih berhati-hati.


“Arwah juga sering membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan dan biarpun ramai yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup tegas tetapi hakikatnya hatinya mudah tersentuh jika melihat kesusahan orang lain,”
katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini, Khamis.

Syed Amen adalah antara aktivis yang aktif mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang diroboh pihak berkuasa tempatan. Beliau pernah menerima Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008.

Pada tahun 2014, kedai cuci kenderaan miliknya di Jalan Arraton di sini pernah dibakar pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan arwah kerana sangat lantang mempertahankan nasib orang Melayu.



Tambah isterinya lagi, Allahyarham seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya kerana menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya di bawah nama ‘Amen Beyond’, beliau merujuk satu kejadian tembakan dan meramalkan perkara sama akan menimpanya.

Status itu dimuat naik pada 4 Dis tahun lalu yang melaluinya Syed Amen turut meluahkan beliau tidak takut dengan kemungkinan itu. - CARI Infonet.



Sumber – mstar

5

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TravellingBear 12-2-2016 08:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak dia balik india
Quote Modngengade 12-2-2016 08:20 AM
TravellingBear replied at 12-2-2016 12:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

No big deal sis...
Quote the_killer 12-2-2016 08:23 AM
TravellingBear replied at 12-2-2016 08:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

zahid jawa mcm mana?
Quote kelapaparut 12-2-2016 08:25 AM
Nak buat isu perkauman le tu,pantang ade peluang, lg satu kalau india tu india je la xpayahla mengaku melayu mengaku arab..anyaway takziah la
Quote CiliPadiSedap 12-2-2016 08:41 AM
kalau betul pe dia buat itu. mungkin bahagian dia syurga?

sebab dia mati mempertahankan hak2 mangsa zalim

dalam situasi ini dia pertahankan org melayu

salute mamat ni.

moga arwah peace di sana
Quote ipin 12-2-2016 08:47 AM
macam ada ulaq di sana
Quote renko 12-2-2016 08:48 AM
lepas ni kalau ada apa2 kes kt penang
boleh la kata sebab lantang pertahankan hak melayu
maka jadi mangsa jenayah or dibunuh
senang je conclusion
Quote zidane_ziege 12-2-2016 08:53 AM
nk salahkan cina dap lettew..
Quote _______ 12-2-2016 09:00 AM
Pengedar dadah yang upah orang bunuh. Puak perkauman takkan berani sampai macam itu. Takut tuan melayu mengamok
Quote mrseller 12-2-2016 09:01 AM
Kalau mamak sembang aku relek dulu..
Quote sayang_mulut 12-2-2016 09:02 AM
tngok cincin dah tau arwah ni orang macam mana
Quote _______ 12-2-2016 09:03 AM
TravellingBear replied at 12-2-2016 08:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

Melayu bersepah Syed la ngok. Tapi dia bukan betul punya syed. Ada warga forum yang sama sekolah dengan dia cakap mak& bapak dia dua dua masuk Islam manakala dia 4 beradik terus jadi melayu
Quote azharariff 12-2-2016 09:07 AM
padahal arwah dah pernah buat laporan polis sbb aktiviti jual beli dadah kat carwash tu, ugutan tu takda kena mengena pun sbb depa pertahankan hak peniaga melayu.
Quote ninjago 12-2-2016 09:11 AM
CiliPadiSedap replied at 12-2-2016 07:41 AM
kalau betul pe dia buat itu. mungkin bahagian dia syurga?

sebab dia mati mempertahankan hak2 mang ...

Amin...!!!
Quote PE-DX03 12-2-2016 09:13 AM
kenapa evolusi kaum melayu cepat sangat? brother ni dengan kj antara yang terawal? atau melayu memang dark/hitam/berbulu? persoalan.
Quote Loxlaxman 12-2-2016 09:18 AM
member sekolah aku dulu ni...baguih arwah ni...

Dulu penah kena cekup pasal bawak pistol revolver + peluru. Penah kena Sek.8 FIPA, Sek 8(a), tiga kali Sek 506 KK, Sek 435 KK, Sek. 147KK...hmmmm, buaih.
Quote RED 666 12-2-2016 09:20 AM
Edited by RED 666 at 12-2-2016 09:21 AM
_______ replied at 12-2-2016 09:03 AM
Melayu bersepah Syed la ngok. Tapi dia bukan betul punya syed. Ada warga forum yang sama sekolah d ...


Syed kat malaysia ada dua jenis iaitu syed keturunan arab dan juga syed mamak

Mamak yg nama syed ni biasanya dinamakan syed oleh ibu bapa diorg sbb lahir malam jumaat

Arwah anney ni mmg sah la syed mamak sbb bapak dia takde syed
Quote zorro 12-2-2016 09:21 AM
Ali Tinju Bontot mana?
Quote shamsadis 12-2-2016 09:24 AM
Mak dia balik dari India mak dia kahwin erop ke

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.093013 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top