CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jauhi Zina, Jaga Auratmu- Filem Pendek Menyentuh Hati

16-2-2016 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 9488| Komen: 41


Oleh : Fyruz Hanna

Sedang ramai di antara anak muda yang menyambut kemeriahan Hari Kekasih tanpa sekatan. Ada baiknya jika luangkan sedikit masa untuk menonton filem pendek arahan Saiful Nang yang ditulis oleh Syufaat Yazid.

Kisah ini sebenarnya bukanlah semata rekaan namun ia merupakan kebenaran yang berlaku akibat daripada seks bebas dan seterusnya menambah peningkatan kes pembuangan bayi.

Adaptasi daripada kisah penghuni yang menghuni rumah pengasih warga prihatin, jika tidak dibendung kegiatan sebegini, ia sememangnya mengundang masalah pada negara.


Dengan tagline "Jauhi Zina, Jaga Auratmu', filem pendek berdurasi 5.02 minit ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang melalui cabaran dalam hidup ketika membesar.

Loading FB Video...

Dia yang membesar tanpa mengetahui ibu dan bapanya cemburu dengan kanak-kanak yang lain sebaya dengannya yang mempunyai ibu dan bapa.

Sindrom sebegini sering dihidapi kanak-kanak yang ketiadaan ibu dan bapa dan dipanggil sebagai sindrom Maladatiptive Daydreaming.

Ia merupakan satu penyakit psikologi yang meningkatkan kecenderungan pengidap untuk berangan-angan yang akan menyebabkan mereka terus khayal dalam dunia yang direka sendiri.

Walaupun dunia moden psikologi mendapati angan-angan suatu tanda bagus untuk otak namun ransangan angan-angan yang kerap akan merosakkan kekuatan mental untuk bekerja. 

Bagi peringkat kanak-kanak, ia sangat bahaya kerana pada peringkat otak sedang berkembang, komplikasi akan berlaku kerana mereka akan sukar membezakan antara angan-angan dan juga realiti.

Semoga filem pendek ini memberi pengajaran untuk semua. Jauhi Zina! Jaga Auratmu. - CARI Infonet.

Sumber:saifulnangfb,medicaldaily 
23

Bagus
23

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
32

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 16-2-2016 01:31 PM
budak2 ade sifat ingin tahu. sebab tu dorg nak try sume bende
Quote fuzzyfuzzy 16-2-2016 01:32 PM
Dah tgk...mmg sedih
Quote stania83 16-2-2016 01:37 PM
jagalah pensil mu takde??? as if perempuan mengandung dengan sendirinya
Quote hatikudus 16-2-2016 01:50 PM
stania83 replied at 16-2-2016 01:37 PM
jagalah pensil mu takde??? as if perempuan mengandung dengan sendirinya

Hah betul tu...
budak2 muda ni ada feel ke tgk citer pendek gini melainkan kita je huhuhu..
Quote brown_pupil 16-2-2016 01:51 PM
Sedih ok..

Quote idakamaruddin 16-2-2016 02:37 PM
budak2 skg mmg byk tny..sume benda dia nk tau..mcm anak membe aku br 5 thn sllu tny nape nonet dia asik tegang je
Quote manjalara_01 16-2-2016 10:16 PM
sorry to say but i don't think this kind of movie will do any good....
mungkin masa tgh tonton...yes...terkesan touching...
lepas tu....life goes on....
Quote Peterpan17 16-2-2016 10:19 PM
stania83 replied at 16-2-2016 01:37 PM
jagalah pensil mu takde??? as if perempuan mengandung dengan sendirinya

Baru nak ckp. Sepatutnya dua dua lelaki dan perempuan di ajar menjaga batas masing2. Barulah jalan. dok aurat ke hulu hilir tp batas2 tak diajar itu yg dok mengesek sambil pakai tudung. Malunya aku tgk gambar tu org skodeng & snap. Mana nak simpan muka abis kena viral merata.
Quote manjalara_01 16-2-2016 10:36 PM
Edited by manjalara_01 at 16-2-2016 10:40 PM
stania83: jagalah pensil mu takde??? as if perempuan mengandung dengan sendirinya

mindset mcm tertutup sgt bg tajuk mcm tu.....x kena langsung....
moto peringatan utk pelajar skolah="Jauhi Zina, Jaga Auratmu"....

cer mindset tu bg terbuka... kreatif skit....tajuk filem pendek="Maladatiptive Daydreaming"
kan lagi sedap bunyi....nye...classy la skit....
Quote berusjamban 16-2-2016 10:49 PM
Mcm tiru idea org
Quote PEPPERMAN 16-2-2016 11:06 PM
pada saya, jaga aurat tu termasuklah kepada kedua lelaki dan perempuan.

lelaki juga kena jaga aurat kerana pensel nya termasuk dalam kawasan auratnya.

Adalah malang jika ada yang menganggap seruan tersebut mirip beban dan ketakadilan kepada wanita, penindasan kepada wanita dan seumpamanya.
Quote kemaruk 16-2-2016 11:08 PM
"mama, mama!! apa tu zina?"

"jap ye, biar mak tunjukkan.. abaaangg.. mai sini jap"
Quote MeghanK 16-2-2016 11:19 PM
stania83 posted on 16-2-2016 01:37 PM
jagalah pensil mu takde??? as if perempuan mengandung dengan sendirinya

lelaki meleis maksum ok..mana ada salah dorang tu..yang salah ni pompuan jah
Quote MeghanK 16-2-2016 11:20 PM
kemaruk posted on 16-2-2016 11:08 PM
"mama, mama!! apa tu zina?"

"jap ye, biar mak tunjukkan.. abaaangg.. mai sini jap"

dah sah2 la salah konsep bangkem oii..anak nya tanya pasal "zina"
Quote kemaruk 16-2-2016 11:25 PM
MeghanK replied at 16-2-2016 11:20 PM
dah sah2 la salah konsep bangkem oii..anak nya tanya pasal "zina"

mak ayah dia boleh berlakon tengah berzina gitu
Quote MeghanK 16-2-2016 11:26 PM
kemaruk posted on 16-2-2016 11:25 PM
mak ayah dia boleh berlakon tengah berzina gitu

<-- speechless
Quote kudajantan77 16-2-2016 11:30 PM
Aku sedih ... tgok bangkai2 kat sini tahu nak kondem jer ...
Quote clarizsa 16-2-2016 11:39 PM
Hari tu kan.. i tgk kt fb tu kan.. couples yg kna tgkap zina kt hotel bajet tu kan... anggun sgt menutup aurat.... bagus kan dorg jaga aurat.. kagum tau..
Quote aHoi83 17-2-2016 12:36 AM
PEPPERMAN replied at 16-2-2016 11:06 PM
pada saya, jaga aurat tu termasuklah kepada kedua lelaki dan perempuan.

lelaki juga kena jaga aur ...

Depa otak sempit. Bila kata aurat je perempuan. Bila kata zina , lelaki je ke? Umpama anu lelaki bukan aurat & wanita tidak mempunyai nafsu syahwat

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.106866 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top