Oleh : Fyruz Hanna Melalui kehidupan di kota pastinya semua serba pantas. Tambahan pula demi mengejar kepantasan tersebut, banyak kaunter-kaunter ditukar dengan mesin elektronik. Bagus memang bagus, namun apabila tidak berurusan dengan manusia, dan hanya mesin, pastinya ada satu ketika anda akan melalui pelbagai pengalaman yang mungkin manis dan juga tak kurang mencabar.
Begitu yang dilalui oleh Nurul Syahidah Ramli yang berkongsi cabarannya untuk menaiki bas sewaktu pulang dari kerja yang mengharungi cabaran dan mengharapkan ada yang sudi membantu... Jom baca: Pertama kali keluar air mata dalam bas dikelilingi orang ramai. Terpaksa buat-buat sibuk pandang ke luar. Dalam dompet saya cuma ada rm10. Saya dah niat awal-awal nak tukar duit di kaunter lrt. 6.28pm saya keluar dari pejabat berjalan ke stesen kerinchi. Tunggu bas macam biasa nak balik ke rumah. (Ada yang pernah tanya kenapa tak bawa kereta, tapi sanggup bersesak dengan makcik-makcik cleaner, dan orang asing. Tak apa saya ada sebab saya) Tiba-tiba saya nampak bas di simpang jalan, sy genggam rm10 dan tak fikir panjang, terus naik. Ayat pertama saya tanya dengan driver bas, "Ada duit kecik tak? Saya tak ada". Dia geleng tanpa senyum dan sy mintak izin untuk duduk dulu dan tanya dengan penumpang lain. Memang semua pandang saya. (Memang terus rasa kenapa tak senyum? Huhu) "Akak, ada duit tukar tak?". Saya sempat tanya kepada 2 orang kiri kanan saya. "Tak ada". Sambil terus main telefon. Saya teruskan buka satu persatu zip beg kerja. Doa-doa ada duit atau syiling. Tak jumpa. Tapi depan mata saya, saya sempat nampak pakcik ni bukak dompet dan cari-cari duit. Dia buta atau tak berapa jelas penglihatan. Either one. Saya angkat kepala, pakcik yg tua ini yang hulurkan rm1. Sedekah untuk saya sambil suruh masukkan dalam box duit. Saya pandang dia terharu dan malu. Padahal, dia yang lebih perlukan duit. Saya hulur rm10, dia tolak. Hilang letih sakit saya bila pakcik hulurkan duit. Pakcik, insyaAllah depan kaabah, saya doa semoga Allah beri barokah dan syurga buat pakcik. Betul, tak tunggu awak sihat dan kaya baru nak bersedekah. Ihsan sesama manusia kan wujud. -CARI Infonet. Sumber: Nurul Syahidah Ramli |
26
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
17
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT