|
Oleh Adib ZA Bagi sesetengah orang yang mencintai alam semula jadi, mereka berasa sangat bahagia dan tenang bila sentiasa dekat dengan tumbuhan.
Seperti yang dilakukan oleh Susan McLeary, dia menjadikan tumbuhan hidup sebagai aksesori seperti rantai, cincin, gelang dan sebagainya. Berbeza dengan orang lain yang kebanyakan menggunakan bunga hidup, wanita ini memilih tumbuhan jenis sukulen sebagai aksesorinya. Kelebihannya, ia bukan sahaja unik, hijau dan semula jadi, malah boleh bertahan sehingga 2 - 4 minggu lamanya! Menarik kan? Jika sukulan sering dijadikan tumbuhan hiasan atas meja, kini ia bagai teman setia pada tubuh badan anda. Koleksi tersebut boleh didapati di laman web etsy.com. Ladies, mahu mencuba? - CARI Infonet
|







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 07:27 PM GMT+8 , Processed in 1.507744 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.