Oleh : Dean BZ
Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat popular di seluruh dunia dan juga menjadi haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Penulis tertarik dengan kisah seorang pencinta kucing ini, kedengaran pelik juga sampai boleh putus tunang hanya kerana cemburu pada kucing. Namun pencinta kucing sahaja mungkin pernah mengalami situasi seperti ini iaitu pasangan kuat cemburu walaupun hanya dengan seekor kucing. Sesetengah pencinta kucing akan obses pada kucingnya melebihi dari benda lain kerana kucing kan comel dan manja. Kucing juga tak banyak kerenah macam manusia. Aci tak cakap macam ni?
Masa banyak dihabiskan dengan kucing sehingga pasangan kekasih rasa diabaikan dan kasih sudah berbelah bagi. Adakah ia kedengaran teruk? Inilah kisah yang terjadi pada seorang lelaki yang membuat pengakuan telah pun putus tunang gara-gara tunangnya tidak dapat menerima kehadiran kucing kesayangannya itu. Tunangnya juga sering cemburu kerana dia banyak menghabiskan masa bersama kucing kesayanganya itu. Buat pencinta kucing, pandai-pandailah bahagi masa, tak kan lah sampai putus tunang sebab kucing kan. Apa kata pencinta kucing mengenai kisah ini? - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
21
Bagus |
31
Marah |
29
Terkejut |
24
Sedih |
23
Lawak |
40
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT