KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata apabila cubaannya untuk melarikan wang di sebuah kedai runcit tidak berhasil, malah dia turut menjadi ‘habuan’ orang ramai yang berada di lokasi kejadian, di Kampung Duyung, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, suspek yang berusia 30-an itu berpura-pura kononnya ingin membeli barang, namun tindakannya yang cuba melarikan sejumlah wang di kaunter pembayaran disedari salah seorang pelanggan. Menurut pembantu kedai, Shaiza Ismail, 30, semasa kejadian, hanya dia berseorangan di kedai runcit keluarganya itu dan ketika itu, dia sedang sibuk melayan permintaan seorang pelanggan di satu sudut di dalam kedai. “Saya terpaksa meninggalkan kaunter pembayaran seketika kerana melayan pelanggan dan langsung tidak sedar kehadiran suspek yang ketika itu sudah pun berada di bahagian kaunter pembayaran. “Tetapi, tindakan suspek yang semasa itu sedang mengambil wang di kaunter telah disedari seorang pelanggan yang baru masuk ke dalam kedai, sebelum menggertak bagi menakutkan suspek,” katanya. Shaiza berkata, suspek yang terkejut dengan sergahan daripada pelanggan dikenali itu telah cuba melarikan diri, namun gagal apabila berjaya ditangkap orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Jelasnya, hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang dipercayai sempat dirembat dari dalam laci ketika dia meninggalkan kaunter pembayaran. Menurutnya, orang ramai yang berang apabila mengetahui suspek cuba membuat onar di dalam kampung itu bertindak membelasahnya sebelum diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian. Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.
|
TuntungReturn posted on 12-7-2013 10:34 PM
hasil pemeriksaan di dalampoket seluar suspek menjumpai semula wang tunai sebanyak RM350 yang diperc ...
ADVERTISEMENT