Oleh : Dean BZ Ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang beberapa minggu lalu, jaringan gol "world class" Faiz Subri, menjadi viral di seluruh dunia .
Oleh kerana jaringan unik itu mendapat banyak pujian dari selluruh peminat bola sepak tempatan dan dunia, ramai yang mencadangkan Faiz Subri layak menerima anugerah Puskas Fifa untuk tahun 2016. Media luar negara turut melaporkan bahawa jaringan pemain bola sepak Pulau Pinang itu sekaligus telah memadam rekod jaringan terbaik dunia yang pernah dipegang oleh lagenda bola sepak dunia yang juga bekas pemain Brazil, Roberto Carlos. Pada tahun 1997, Roberto Carlos pernah menjaringkan jaringan unik yang dikenali sebagai "banana kick" ketika perlawanan persahabatan antara Brazil dan Perancis.
Namun beberapa hari lepas, video yang memaparkan "jaringan gila" penjaga gol, Assaf Mendes, ketika dalam satu perlawanan pada tahun 2012 telah mula viral di sosial media dan memberi "kejutan besar" di dunia maya. Lihat saja bagaimana sepakan gol Assaf Mendes ini boleh "melencong 360 darjah". Rupa-rupanya angin kuat telah menolak kembali bola itu ke gawang sendiri. - CARI Infonet. Lihat apa kata mereka? >> " Tendangan Faiz Subri Satu Dalam Sejuta "*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
28
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
3
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT