CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seisi Keluarga Makan Bersama Banyak Kelebihan

29-2-2016 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7085| Komen: 2


Oleh : TS LOO


Kesibukan kerjaya membatasi aktiviti makan bersama keluarga. Tradisi sebegini ada sesuatu yang istimewa andai diteruskan secara konsisten. 


Ketahui rahsia di sebalik aktiviti yang kini semakin sukar untuk dilakukan. Ada beberapa kebaikan menikmati makan malam bersama keluarga.


sumber foto : http://www.jimharlowlpc.com/

Mengeratkan lagi hubungan
Ketika makan malam bersama, hubungan kekeluargaan bertambah erat. Sentuhan emosi dapat disalurkan kepada anak-anak mahupun isteri semasa berada berdekatan di samping insan tersayang.


Berkomunikasi dan meluangkan masa bersama
Di meja makan tidak boleh ada perbalahan, pergaduhan atau berada di dalam keadaan marah atau sedang memarahi seseorang. Ini akan menunjuk dan mengajar pada anak-anak bahawa tabiat dan tingkah laku seperti ini dibenarkan berlaku semasa makan. Maka, berkomunikasi dan luangkanlah masa dengan baik semasa berhimpun bersama mereka.


sumber foto: http://www.chengwoh.com/

Cuma aktiviti makan dan berbual
Pastikan semasa di meja makan hanya berlaku aktiviti makan dan berbual sahaja. Dalam peradaban makan bersama keluarga, masa bersama itu penting dan tidak boleh tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan disebabkan sesuatu perkara yang lebih penting seperti ingin menonton televisyen. Disiplin, fokus dan konsentrasi perlu diberikan ketika berada di meja makan. Tidak dibenarkan membawa gajet, alat permainan, telefon atau apa sahaja jenis bahan bacaan.



Mendisiplinkan masa
Semasa di meja makan inilah disiplin masa boleh diterapkan. Ketika ini anda dapat menikmati makanan bersama anak-anak dan bukannya anak-anak makan sendirian di luar rumah. Anda sebenarnya boleh mendapatkan persetujuan bersama untuk mendapatkan tempoh makan malam yang paling ideal.

Waktu makan bersama yang ideal adalah waktu makan yang dipersetujui oleh semua ahli keluarga. Ianya tidak terlalu awal dan tidak terlalu lambat. Waktu makan adalah antara 7.45 hingga selewat-lewatnya jam 9 malam. Walaupun sesibuk mana, pasangan harus mendisiplinkan diri mengikut jadual waktu makan yang ditetapkan bersama-sama anak-anak dan ketua keluarga.


sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/

Menyemai kasih
Makan malam bersama ini juga boleh menyemai kasih sayang bersama ahli keluarga. Ketika inilah anda boleh mengawal perangai dan kelakuan anak-anak dengan berkongsi pengalaman. Ibu bapa perlu memahami apa yang telah berlaku kepada anak-anak dan prihatin dengan apa yang berlaku.

Inilah juga waktu terbaik untuk mendapatkan ‘status update’ daripada setiap ahli keluarga di samping memberi kata-kata sokongan dan motivasi dan bukan kata-kata yang membuatkan kemarahan.- CARI Infonet

27

Bagus
18

Marah
29

Terkejut
29

Sedih
19

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninjago 2-3-2016 12:18 PM
tu la waktu yg paling i appreciate skali time 1 keluarga leh makan sama2. mesti akan terfikir kte takkan ada moment nie selama2nya.. akan sampai waktu kerusi2 tu dah tak terisi lagi.. aahhh sedihh
Quote manjalara_01 5-3-2016 11:21 AM
[youtube]doIWzKaNm-k[/youtube]

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.034342 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top