CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Berusia Ada Banyak Kelebihannya!

29-2-2016 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3653| Komen: 1



Oleh : TS LOO


Bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan saat yang menyenangkan.  


Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. 

Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.

sumber foto : http://i.telegraph.co.uk/

1. Sabar
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki  yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga  akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.


2. Seksi
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.

3. Belajar Dari Kesalahan
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

sumber foto: https://cdn.psychologytoday.com

4. Hormat
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.

sumber foto: http://2.bp.blogspot.com/

5. Tegas Dan Disiplin
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh,  selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.

Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda. Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.- CARI Infonet


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 29-2-2016 08:48 PM
kewangan pun stabil..kebykn nya lah. x payah keja tonggang tonggek or tangung bewok hidup

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.029252 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top