Oleh Fyruz Hanna Dari belakang jika dilihat pastinya nampak seperti bentuk badan wanita tapi jangan mudah menilai dengan hanya melihat daripada belakang sahaja. Dari hadapan pastinya anda menarik kembali kata-kata anda itu kerana ia merupakan 'Jubah Pahlawan" yang mendapat publisiti kencang di media baru-baru ini.
Walaupun publisiti negatif diterima oleh netizen tetapi ia sedikit pun tidak melemahkan penjualan 'jubah pahlawan' ini kerana telah terjual hampir 2 juta. “Dua juta telah terjual dalam tempoh tiga hari sejak gambar model-model lelaki menggayakan jubah tersebar dan menjadi viral Jumaat lalu,” katanya yang dipetik Malay Mail Online. Selain di pasarkan di Malaysia, 'Jubah Pahlawan' ini dipasarkan di Brunei, Singapura, Thailan, Taiwan dan Arab Saudi. Malah pelanggannya ada yang bergelar Tan Sri dan berstatus VVIP dan jubah ini juga menarik perhatian bukan Islam untuk membeli kerana desainnya. Syubaili berkata, pada awal pembikinannya dia memberikan 'cutting' pada baju tersebut untuk memberi efek kurus pada lelaki yang berbadan besar. “Sepatutnya ‘Jubah Pahlawan’ ini longgar tetapi kami tidak sangka ia kelihatan ketat apabila digayakan model-model lelaki ini,” katanya yang hanya tersenyum dengan komen-komen negatif netizen. Walaupun mendapat kejian hebat daripada netizen yang mengganggap jubah ini terlalu ketat dan tidak menepati spesifikasi jubah namun ia laris dipasaran. Apa kata anda?-CARI Infonet. Sumber: FMT,MalayMailOnline
|
31
Bagus |
23
Marah |
23
Terkejut |
13
Sedih |
37
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MeghanK replied at 29-2-2016 03:23 PM
jubah camtu pon 225rm
gay mana yg beli sampai 2 juta tu
MeghanK replied at 29-2-2016 03:25 PM
mamat yg pakai kaler pink tu duk buat peace kat pinggang pulak
ridz09 replied at 29-2-2016 03:13 PM
Melambangkan rakyat mesia yg dungu, patutla senang sgt diperbodohkan pm, pak menteri...pakaian camtu ...
kentel replied at 29-2-2016 03:20 PM
gelak tengok pic ni...
ocho replied at 29-2-2016 03:18 PM
2 juta ? kencheng kena khuat
Teru2Bozu replied at 29-2-2016 03:15 PM
siapa la yg kurang ceredik beli jubah cenggini?
ADVERTISEMENT