Oleh Adib Za
Sejak keputusan SPM diumumkan minggu lalu, pelbagai reaksi yang dilemparkan di kalangan masyarakat yang ada kaitan dengan keputusan itu. Salah satu status ini, mendapat perhatian kerana netizen ini nampak seperti 'memujuk' para pelajar yang kurang berjaya. Dalam pada yang sama, secara terang-terangan menujukan statusnya yang begitu anti terhadap salah satu universiti tempatan, UiTM. "Result hancur jangan risau. UiTM kan ada. Sebab kebanyakan yang bengap semua masuk UiTM.." Status berbentuk provokasi kepada semua mahasiswa dan juga bekas penuntut UiTM itu nyata berjaya menjadi viral seperti yang dimahukan oleh si penulis status itu. Untuk itu, tahniahlah.
Meskipun apa yang anda tulis dan nukilkan itu hanya dari sudut pandangan yang tertutup dan terkebelakang, namun ia berjaya mempopularkan anda. Lupakan seketika netizen tersebut. Satu status balas yang ditulis oleh netizen bernama Jamalee Bashah ini turut mendapat perhatian. Katanya, dia merupakan produk UiTM. Jika dikatakan bengap, ya mungkin dia bengap. Itu katanya. "Tapi saya bersyukur wujudnya UiTM. Dalam keadaan mungkin tiada uni yang nak saya (nak pergi swasta memang tak mampu), UiTM terima budak bengap macam saya. Diberi kepercayaan, dididik dan diasuh, digilap sehingga jadi manusia dan warga berguna." "Institusi yang hebat adalah institusi yang mampu mengambil pelajar yang bengap seperti saya (juga kurang kemampuan), dan menjadikan saya insan yang berguna. Ini sebenar-benarnya cabaran terhebat sebuah institusi pendidikan.." "Dan UiTM berjaya dalam berhadapan cabaran tersebut.." nukil Jamalee. Penulis sangat bersetuju dengan pandangan netizen bernama Jamalee ini. Bak katanya, UiTM berjaya membentuk pelajar 'bengap' ini agar menjadi berjaya bila bergraduasi satu hari nanti. - CARI Infonet |
16
Bagus |
12
Marah |
26
Terkejut |
10
Sedih |
14
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 7-3-2016 12:58 PM
yang ian dengan adi tu masuk U mana?
kentel replied at 7-3-2016 01:03 PM
so kena support uni bumi la?
iznanaziz replied at 7-3-2016 04:38 PM
KENTEL
AKU TERPERANJAT TENGOK AVATAR KO NI...
kentel replied at 8-3-2016 07:52 AM
hahaha...comel kan???
crazecousa replied at 7-3-2016 02:33 PM
anak2 menteri bodoh rilek je pi blajaq oversea...barua btoi
iznanaziz replied at 8-3-2016 09:21 AM
udoh kelakar pulak jadinya
masa tengok avatar kecik tu, mcm hentak2 kaki
bila tengok vide ...
ADVERTISEMENT