Oleh : TS LOO Timbul pelbagai persoalan dalam minda kenapa lelaki nakal sering menjadi pilihan buat golongan gadis sebagai teman hidupnya.
Ada pula yang dengar gadis itu selalu 'makan hati' dan kecewa dengan teman lelaki nakal dek perangainya itu. Saintis dan pakar psikologi sudah lama mengkaji senario ini dan ada jawapannya. Seksi Pakar mendapati gadis sukakan lelaki nakal kerana mereka nampak yakin dengan penampilannya. Keyakinan adalah salah satu yang menampakkan seseorang lelaki itu seksi. Lelaki nakal juga nampak seksi kerana kebanyakan mereka mempunyai gaya yang lebih berpenampilan berbanding lelaki yang lurus.
Cabaran Salah satu sebab lain adalah perempuan melihat lelaki nakal sebagai satu cabaran untuk mereka, seseorang yang mereka perlu berusaha untuk teroka. Bukan senang mendapatkan perhatian penuh daripada lelaki nakal dan mereka menganggap jika lelaki nakal sudah memberi ruang untuk mereka, ia satu cabaran untuk mengekalkan malah menarik lagi perhatian mereka. Misi Gadis juga kekal berhubung dengan lelaki berwatak nakal kerana mereka mahu melunaskan misi tersendiri mereka iaitu membuat lelaki nakal itu menjadi lebih baik dan tidak nakal lagi. Ia bagaikan satu tugasan untuk mereka dan jika lelaki itu benar berubah gadis menganggap ia satu kejayaan besar. Tidak bosan Lelaki nakal tidak membosankan bagi gadis. Ada saja kejutan yang dibuat mereka tanpa sedar atau tidak. Lelaki nakal seakan-akan memberi pelbagai rasa dan emosi kepada gadis sepanjang perhubungan mereka dan ini dianggap mengujakan walaupun kebanyakan perkara yang dilakukan menyakitkan hati gadis namun yang lebih penting hubungan tidak bosan. Pandai 'ayat' Merajuk adalah sifat semula jadi gadis dan lelaki yang pandai memujuk mereka adalah sangat penting untuk mereka meneruskan perhubungan. Kebanyakan lelaki nakal pandai menyusun ayat mereka dan memujuk gadis. Walaupun nampak seperti tidak kisah, lelaki nakal pandai memujuk dan berbincang untuk selesaikan masalah dalam hubungan sebab itulah walau apa pun kesalahan mereka, selalunya dimaafkan dan sebab itulah mereka terus nakal. Apapun sebabnya, gadis perlulah bijak memilih pasangan hidup dan memikirkan masa hadapan diri dan keluarga kelak untuk kebahagiaan hakiki.- CARI Infonet |
7
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
25
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT