oleh Adib ZA
Waffle yang dimasak panas-panas dan garing memang sangat mencuri perhatian. Baunya yang lemak dan manis, siapa yang mampu menolaknya. Yang paling best, ia boleh dimakan untuk sarapan, minum petang atau bila-bila sahaja. Tambahkan aiskrim atau buahan untuk hasil lebih meletop. Bahan-bahan: 12 sudu besar tepung gandum 2 sudu kecil yis kering 1 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 cawan susu segar dalam suhu bilik 1 biji telur dalam suhu bilik. Nak cepat kurangkan kesejukkan telur tu, korang rendam dalam air panas seketika 1 sudu besar esen vanila Air panas/suam (untuk dimasukkan sedikit demi sedikit) Cara-cara : 1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk Kemudian, masukkan air panas / suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. 2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu, panaskanlah waffle maker tu. 3. Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ini, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh nanti tumpah pula semua adunan tu. 4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. 5. Kebiasaannya masa untuk buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. 6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya waffle sudah masak. 7. Hidangkanlah waffle dengan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. - CARI Infonet Kredit/ sumber resipi: Resipi waffle mudah dan sedap |
7
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT