|
Oleh : TS LOO
Keputusan untuk menaikkan kadar tol di lebuh raya PlUS Malaysia Bhd akan diketahui pada Jun, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris. PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM, mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. "Perbincangan sedang dijalankan di antara kami dengan Kementerian Kerja Raya yang mesti dimuktamadkan sebelum Jun," katanya pada sidang akhbar pada sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan UEM pagi tadi.
Mengikut perjanjian konsesi itu, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi yang berakhir Disember 2038.- CARI Infonet sumber : www.mstar.com.my
|
|
13
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
16
![]() Terkejut |
14
![]() Sedih |
12
![]() Lawak |
17
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.256458 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.