Oleh Adib ZA Loading FB Post...
Bukan nak kata apalah, tapi sekarang makin ramai yang pentingkan diri dan jadikan jalan mahupun lebuh raya macam 'bapa mereka yang punya'. Ya memang anda bayar tol, cukai jalan dan sebagainya, tapi peraturan tetap peraturan. Kenapa pentingkan diri sampai menyusahkan pengguna lain di lorong kecemasan? Bukan itu sahaja, ia boleh menganggu anggota bomba atau polis yang melibatkan keselamatan dan juga nyawa orang lain!
Satu video yang dikongsikan di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia jelas menunjukkan sikap pemandu yang keras kepala, memandu di lorong kecemasan. Ia secara nyata menyukarkan proses kerja di kalangan ahli bomba itu sendiri dalam hal-hal berbentuk kecemasan. Netizen turut memberikan ekspresi rasa kesal dan geram ke atas apa yang berlaku terhadap anggota bomba tersebut. Tak terkecuali ada yang memberikan idea agar perkara ini dapat dielakkan pada masa akan datang. Semoga lebih ramai yang terbuka minda untuk menjadi lebih prihatin, tidak mementingkan diri dan menyusahkan orang lain bila berada di atas jalan raya selepas ini. Ingat, bukan diri anda sahaja yang layak berasa selesa di situ, oleh itu pentingkan diri adalah sangat tidak wajar dilakukan! - CARI Infonet |
palmolive replied at 14-3-2016 08:19 PM
Kt sini ada tak yg perangai keji camni
edee_91 replied at 14-3-2016 10:51 PM
yang ada tu mesti tengah jadi silent reader jah.
edee_91 replied at 14-3-2016 10:51 PM
yang ada tu mesti tengah jadi silent reader jah.
ADVERTISEMENT