CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pramugari Muatnaik Gambar Solat, Buat Netizen Terdiam!

16-3-2016 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15557| Komen: 51

Oleh Adib ZA


Berapa kali sehari kita menghakimi orang itu dan ini? Mungkin tak terkira banyaknya. Tak dinafikan budaya menghakimi kini semakin merebak di kalangan masyarakat kita. 


Lebih-lebih lagi apabila melibatkan laman sosial yang tiada had untuk meluahkan apa sahaja pendapat seseorang itu.


Seperti yang dilihat di atas, dua keping gambar pramugari tempatan dilihat sedang mengerjakan solat ketika dalam penerbangan. 


Di kala ini pula berapa ramai yang menganggap wanita berpakaian singkat sedemikian bukan seorang yang baik dalam agamanya?


Dalam status yang dimuat naik itu, netizen tersebut meluahkan rasa tak faham mengapa terlalu ramai orang di luar sana yang menjadi juri tentang kehidupan orang lain.


"Saya tidak tahu tentang anda namun saya sesekali tidak pernah menganggap yang tak baik pada mereka yang merokok, minum dan ke kelab tiap minggu.."


Dia juga menyatakan terpaksa berpakaian ketat dan singkat atas faktor kerja namun dia sentiasa memohon keampunan daripada Tuhan. 




"Kita semua manusia, mengapa kita nak menghakimi orang lain?" ujarnya yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu. 


Mungkin dengan cara memuat naik gambar sedemikian, baru orang di luar sana menutup mulut mereka daripada terus berkata yang buruk tentang profesion mahupun diri seseorang. 


Apa kata anda? Adakah sampai perlu kita menunjukkan segala kebaikan agar mereka yang menjadi 'hakim' ini buka minda dan tutup mulut? - CARI Infonet

9

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ainie_1008 16-3-2016 12:09 PM
betul tue. blum tentu yg pkai tudung labuh tue masuk syurga. dorg pon sama truk je.
Quote mokcikKSKB 16-3-2016 12:11 PM
Dan dan uplod gmbq solat
Quote pr3ttytw33ty 16-3-2016 12:12 PM
setad ngan setajah jadian mohon ulas sepatah dua fatwa yer
Quote kancil92 16-3-2016 12:13 PM
husnozon..erk betul eja ni
Quote chinta89 16-3-2016 12:13 PM
jgn duk hina org semata2 pakaian.

yg btutup btudung tu, ramai je bajet2 bagus n suci. sekeliling ak blmbak mcm ni. pdhal mulut puaka, asik pandang rendah kat org lain yg tak berpakaian menutup aurat, bajet dia bagus n ahli syurga solat awal waktu dan pandang rendah org lainyg solat lambat sikit, bangga g surau masjid n bila bcakap sikit acah2 "astaghfirullah.. alhamdulillah..amin ya rabbi alamin" n etc lah..

org yg suka menghakimi org lain ni sbnrnya hati busuk.
Quote Esmiria 16-3-2016 12:25 PM
to me cmni..allah kabo solat dan.puasa dan follow perintah dia.xde alasan  untuk x ikut  kcuali alasan -alasan yg x blh buat,diterima.

tpi hak msing2 right.cuma mulut tu jgn judge org based on pakaianla.

tpi dosa tetap dosa ye.
cuma yg pliknya,dah tahu dress code syarikat tu pake ketat,knpa applya awalnya?



kita de pilihn kn?




klo cmtu  baik aku jdi pelacur sbb susah sgt nk dpt kje tapi aku msih solt dan mintak ampun darinya. jgn judge sy sbb sy keje pelacur gitu...























Quote kurunsing 16-3-2016 12:29 PM
chinta89 replied at 16-3-2016 12:13 PM
jgn duk hina org semata2 pakaian.

yg btutup btudung tu, ramai je bajet2 bagus n suci. sekeliling  ...

yg ada bertutup ok dh comei. tapi hujung2 post porn kat tumblr
apekehei yong
Quote ahlee81 16-3-2016 12:33 PM
Tiada yg pelik...solat mmg kewajipan buat semua muslim..
Quote 4everMore 16-3-2016 12:34 PM
Solat tu wajib,lg bagus pd awal waktu. Betul,jgn judge org..penah sekali ms zaman free hair,housemate tkejut sbb sy boleh baca alquran dan baca tulisan jawi. Sbb die ni kepochi yg suka kritik cara dressing sy.Skali lg tkjut sbb tau msk sbb jrg msk.
Pastu,igt alim sgt..berboyfriend jugak..dating pom bdua..cettttt
Quote chinta89 16-3-2016 12:48 PM
kurunsing replied at 16-3-2016 12:29 PM
yg ada bertutup ok dh comei. tapi hujung2 post porn kat tumblr
apekehei yong

yg ptg tutup aurat
Quote batmana 16-3-2016 01:00 PM
kalu org senang sentap

bila menegur = jadi menghakimi

smpai bile2 pn tk berubah,
tuang arak tu, dh sama level minum arak,
so, pasni

sapa2 pi kelab mlm , minum arak, pstu pi la surau dlm kelab tu, pkai telekung, viralkn,pstu kata jgn judge org minum arak ni tk ingt tuhan oke..
Quote Levespa 16-3-2016 01:19 PM
Baguslah solat.. Dah benda wajib pun.. Tapi jgn salahkan tugas sebab kena buat benda2 yg dia sebut tu sebab jadi stewardess atas pilihan sendiri kann..
Quote mdhelmi 16-3-2016 01:37 PM
setelah aku baca betul2 baru perasan risalah ni cite pasal netizen yg komen mcm2
bukan pasal pramugari tu
Quote fifie_olin 16-3-2016 02:02 PM
soal pahala dosa ni..
antara dia dgn Allah je...
kita xde hak pon...
Quote comel91 16-3-2016 02:32 PM
batmana replied at 16-3-2016 01:00 PM
kalu org senang sentap

bila menegur = jadi menghakimi

betul kata batmana

Quote jaja4 16-3-2016 03:23 PM
Esmiria replied at 16-3-2016 12:25 PM
to me cmni..allah kabo solat dan.puasa dan follow perintah dia.xde alasan  untuk x ikut  kcuali alas ...

hm good point.. betul jugak ape yang ko cakapkan..
Quote aza 16-3-2016 03:32 PM
Edited by aza at 16-3-2016 05:23 PM

solat yang diterima adalah solat yang mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. sekiranya kita masih mengulangi perbuatan tersebut maka semak solat kita. ya betul Allah maha pengampun.tetapi jangan menggunakan alasan itu untuk kita mengulangi perbuatan keji tersebut.

Jangan menggunakan perkataan demi mencari rezeki kita boleh terus membuat dosa.. tiada bezanya dengan mencuri,merompak,menipu sebab semuanya untuk mencari sesuap nasi.

kita ada pilihan untuk itu.. so tebuk dada tanya iman.
Quote HibinoSama 16-3-2016 03:45 PM
Kah kah kah.

Pasni amik pic tgh minum arak, pastu pakai telekung ckp tgh sembahyang...

Quote ~boolean 16-3-2016 07:57 PM
batmana replied at 16-3-2016 01:00 PM
kalu org senang sentap

bila menegur = jadi menghakimi

Ada pun orang rasional kat sini

Aku tak tahu apa susah sangat nak terima teguran..dan apa susah sangat nak akui kesalahan..

Kalau tuhan kata salah tu, salahlah. Konar macam mana pun tetap salah. Cumanya tuhan tu maha pengampun, maha penyayang...tapi jangan lah guna kebaikan tuhan tu untuk justifikasi kan kesalahan kita

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.149899 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top