Oleh Adib ZA
Skuad Harimau Malaysia yang kini dalam proses mencari logo rasmi terbaharunya, telah memilih lima finalis sebagai calon akhir. Dilaporkan penyertaan yang menggalakkan sehingga lebih 2,000 calon menghantar penyertaan masing-masing. Namun, selepas lima calon akhir ini didedahkan, adanya pandangan daripada seorang pelukis grafik dan illustrator profesional yang wajar diambil perhatian oleh pihak FAM dan juga peserta itu sendiri. Netizen tersebut, A'an Hj Arshad pernah bertugas sebagai Ketua Unit Ilustrasi di salah sebuah syarikat penerbitan negara, memberikan komen satu persatu terhadap lima calon akhir itu.
Bukan itu sahaja, dia mempersoalkan bagaimana lima logo tersebut boleh memasuki peringkat akhir kerana terlalu banyak kelemahan dalam setiap logo tersebut. Ini bukan perkara main-main kerana bakal menjadi logo rasmi pasukan kebanggaan negara. Ikuti komen yang diberikan: Logo 1 - Penghasilan agak baik. Tetapi kurang identiti Malaysia. Lebih parah lagi harimau itu tidak nampak mcm harimau... nampak mcm cerpelai pun ada... Logo 2 - Ini adalah dosa yg paling besar. Komposisi kepala harimau dari sudut tepi. Tapi gigi dari sudut depan. Alamak... harimau jongang ke tu? Logo 3 - Adakah itu harimau sedang bertafakur? atau harimau yg sedang tidur? atau itu sebenarnya beruang? Logo 4 - Pasukan dari selatan pernah melakukan kesilapan apabila individu yg tdk bertanggungjwb telah mengambil jln mudah copy logo dari internet dan dijadikan logo pasukan dan akhirnya membawa impak yg negatif kepada pasukan. Adakah FAM mahu perkara mcm tu berulang pada pasukan Malaysia pula? 5 - Kalau mahu membawa imej GARANG dalam pasukan, logo ini tdk sesuai. Tapi kalau FAM mahu team ini senyum2 je mungkin logo ini sesuai. Harimau pun nampak rilek2 je... siap senyum lagi. Bagaimana dengan pandangan anda? Adakah lima finalis tersebut begitu teruk atau bagaimana? - CARI Infonet |
10
Bagus |
16
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
11
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 29-3-2016 12:54 PM
Kikikiki.. Mamat ni frust kot logo die kalah
manjalara_01 replied at 29-3-2016 02:54 PM
i rs die x ambik graphic kot dulu....
i suke no2....sori tu say...there is nothing wrong dgn logo ...
~boolean replied at 29-3-2016 04:14 PM
Betul lh brader tu cakap gigi tu salah... sebab posisi muka harimau dari side tepi...
Kambeng_Gurun replied at 29-3-2016 04:44 PM
No. 5 tu dah macam logo Thundercats pulak
manjalara_01 replied at 29-3-2016 02:54 PM
i rs die x ambik graphic kot dulu....
i suke no2....sori tu say...there is nothing wrong dgn logo ...
Ferr_Remy replied at 29-3-2016 11:12 PM
Kan.. I plak suka #2. Mandai je mamat ni komen itu ini. Sedih mata die ni ketinggalan zaman.
manjalara_01 replied at 29-3-2016 11:32 PM
ntah2 die rabun..tp x sedar yg die rabun...
manjalara_01 replied at 29-3-2016 05:11 PM
1980an punye logo
ADVERTISEMENT