CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Periksa Rumah Dengan Sebaiknya, Jangan Main Beli Je! Tips Berikut Ada Gunanya

30-3-2016 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 8286| Komen: 17


Oleh Fyruz Hanna

Membeli rumah sendiri pastinya merupakan harapan setiap orang yang bekerja. Bila ada rumah sendiri, ia adalah aset dimasa akan datang untuk kita. Rumah juga merupakan lambang dan status quo seseorang.

Dan oleh kerana membeli rumah itu sukar dan jarang kerana terbatas dengan duit dan harga pasaran yang tinggi sebab itu ramai yang menjadi mangsa penipuan dan penindasan daripada sebelah pihak.

Bagi yang membeli rumah baru, tempoh 24 bulan yang diberi oleh pemaju sebenarnya merupakan 'saat penting' untuk periksa segenap ruang dan sudut kerana kita sebagai pembeli berhak mendapatkan rumah dalam keadaan baik dan selamat diduduki.


PERALATAN :

### Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.

### Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.

### Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

### Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah


1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.


Ilmu sebegini semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pembeli kerana kuasa ada di tangan anda.

-CARI Infonet.

15

Bagus
29

Marah
36

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (139 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awaynepian 30-3-2016 06:02 PM
Hauknya...tgk cara construct umah pn xkemas...cat terkeluar...simen cincai..
Quote munchkin 30-3-2016 06:08 PM
Teruknya finishing. Rumah harga berapa ni?
Quote Artemesiaa 30-3-2016 06:12 PM
Teruknya finishing rumah ni nasib le siapa2 yang beli banyak betul yang nak kena perbaiki.  Satu lagi yg ramai lupa periksa salur keluar air selalunya area dapur atau toilet belah bawah.  Pastikan tak ada tinggalan bahan constriction cam plastic pembalut etc.  Selalunya contractor malas nak buang plastic pembalut tu dah buang itu salur tu je.  Lama2 akan tersumbat akhirnya tuan rumah jugak nak ke keluar belanja panggil plumber.
Quote Esmiria 30-3-2016 06:14 PM
kat mna rumh ni??
Quote qronaldo7 30-3-2016 06:50 PM
siapakah pemaju itu
Quote CARI-SFG 30-3-2016 07:12 PM
Artemesiaa replied at 30-3-2016 06:12 PM
Teruknya finishing rumah ni nasib le siapa2 yang beli banyak betul yang nak kena perbaiki.  Satu lag ...

ya sebenarnya bukan rumah yang baru sahaja.. jika anda beli subsale juga anda masih boleh apply rules ini..

sebab itu ramai yang tidak mahu beli rumah lelong kerana tak mahu bear all the cost after buying the house..

apa pun, ia tertakhluk pada pilihan dan poket masing-masing.
Quote minahmanja 31-3-2016 09:32 AM
teruk betul workmanship nya... developer mcm hampeh ni...
Quote ma_rul 31-3-2016 11:30 AM
Developer tak pentingkan kualiti. owner bersemangat nk tengok rumah baru, sekali masuk cek, mesti hampa.

tapi bagus lah tips ni.
Quote Missfadh 31-3-2016 12:08 PM
Teruknya rumah ni. Bagus bg tips mcm ni.
Quote revolusi_30 31-3-2016 01:33 PM
Teruk nya umah.....umah murah ke apa.....atau  kontraktor bumiputera...
Quote rigorsamsa 31-3-2016 05:05 PM
mesti save@bookmark tips ni.

cntik tulisan brader tu
Quote cmf_conan 1-4-2016 02:42 PM
ye la tuuu... bila dah komplen kat pemaju, kontraktor die pulak buat lengah2 nak siapkan kerja sampai tamat tempoh warranty.. bengong.
Quote 疯狂小鸟 2-4-2016 09:12 AM
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询!
Quote 1Apr16 2-4-2016 09:37 AM
Itu macam ka
Quote airfilterkotor 6-4-2016 06:17 PM
Untuk makluman, kaedah pembaikan rabung bumbung seperti dalam gambar tu pun salah.
Boleh bocor jugak.

Cara terbaik, sebab masih lagi dlm edah DLP,
buka semua atap genting beserta batten dan selaraskan semula jarak batten.
Biasanya pemaju taknak bukak semua bumbung sebab dorang ada kaedah cheap solution utk atasi masalah ni.
Quote airfilterkotor 6-4-2016 06:19 PM
Ingat, kita keluar duit banyak beli rumah, takkan selesai masalah pun cara murah gak.

Kalau aku memang mintak kena maki laa.
Quote ffbeauties 6-4-2016 08:58 PM
Tips no 1 tu tak leh buat
Nanti geng atheis Cari marah..
Sebab nanti dorang kata bagi salam kat sape...
Azan dalam rumah kosong tu nak ajak hantu bunian solat ke

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.238634 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top