CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wardina "Sekolahkan" Sikap Pemilik Butik Tudung Buat Pelanggan Meroyan

4-4-2016 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 67235| Komen: 533

Oleh Izzah Abbasy

Kadang-kadang ada betulnya juga bila lihat pada 'pemasaran' butik-butik tudung terkini. Seakan tak masuk akal apabila pelanggan terpaksa tidur, menunggu lama di hadapan butik, berebut-rebut dan sebagainya sehingga menjadi tanda tanya kenapalah buat pelanggan sebegitu?



Berikutan viral video orang ramai berhimpit untuk mengambil nombor giliran, bagi membeli tudung, pelakon dan pengacara terkenal Wardina Safiyyah tampil dengan pandangannya terhadap sikap pemilik butik tudung popular yang hanya mempergunakan pelanggan setia mereka untuk mendapat tudung pada hari jualan murah mereka.

Hanya untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.

Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.

Bukan sahaja Wardina, kebanyakan netizen juga mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran. - CARI Infonet




Inilah salah satu video yang mungkin diperkatakan oleh Wardina :


Loading FB Post...



6

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piahsemah 3-4-2016 03:12 PM
Team t.t.haha
Ada benar kot kata2 wardina
Quote thEXplOrer 3-4-2016 03:12 PM
Kali ni setuju plak ngan wardina..tapi dah rakyat2 marhaen pon rwla menjadi lembu nak buek camno
Quote dahlamadah.. 3-4-2016 03:14 PM
tempat kejadian ni kat butik di shah alam ke?

tapi butik kat wilayah utagha ni mcm tenang jerrr... tk tau la kalau dia havoc masa iols tgh tidoq
Quote sepitsiput 3-4-2016 03:15 PM
Adakah salah seorang yg menjerit kt blkg tu @toxicated a.k.a @katibism?
Quote Marsiah 3-4-2016 03:16 PM
#teamwardina! Dah lama perhati mereka ni layan customer lagu ni tapi yg pelik customer tetap pi hambakan diri kan? Apa bestnya tudung depe ni? Lol
Quote little_sis 3-4-2016 03:16 PM
ada benarnya.. tak paham aku apa yg best sgt sale tu dan apa yg bestnye tudung tu.. bukan ke mahal2...
Quote aderaderker 3-4-2016 03:17 PM
Pprt berbisnes cenggitu la..

#Teamwardinalakut
Quote deekhan 3-4-2016 03:18 PM
dh laki tokey butik tu poyo mst la suke die org berebut2. kn die penah post bideo org brebut dlu
Quote stania83 3-4-2016 03:19 PM
Edited by stania83 at 3-4-2016 03:20 PM

le korang tatau kee. ini orang orang yg dibayar fareeda sebagai gimik. mat rempit mane tah dia kutip, bayar sorang rm50. haha
Quote HannahMontana 3-4-2016 03:19 PM
tu membuktikan butik tersebut xmcm  grand branded mcm jenama2 hebat yg lain



keluar butik penuh bergaya................


yg ni keluar butik busuk ,peluh ketiak masam ,tercirit dlm seluar ada jugalah  kebarangkalian nya !
Quote cikgojesss 3-4-2016 03:26 PM
stania83 replied at 3-4-2016 03:19 PM
le korang tatau kee. ini orang orang yg dibayar fareeda sebagai gimik. mat rempit mane tah dia kutip ...

dibayar atau tak, tehtap hauk n customer deyols digambarkan persis lembu.. tapi selayaknyalah
Quote zie_indah 3-4-2016 03:31 PM
adoi laki pompuan berebut
Bercampoq jerit2...
Quote kiwimasam 3-4-2016 03:32 PM
dahlamadah.. replied at 3-4-2016 03:14 PM
tempat kejadian ni kat butik di shah alam ke?

tapi butik kat wilayah utagha ni mcm tenang jerrr.. ...

Tak silap iolls ini dekat bandar baru bangi.
Quote rania_maira 3-4-2016 03:33 PM
Nk beli tudung sbb nk jaga aurat.. tp bhimpit2 lelaki pompuan.. pelik tul!
Quote susukambingbest 3-4-2016 03:35 PM
Pembeli aka pngguna: rakyat marhaen yg duit xbrapa nk ada tp nk brlagak/mnunjuk kt org yg dia brduit mampu pkai tdung mahal. tu yg hadap beli time sale,, nk beli time xsale xmampu.. xpe la brsesak2 kepam pun jnji blh mnunjuk pkai tdung ori,,bkn org tau pun brang sale ke tak, yg pnting leh show off (ditujukn kpd org2 cam video kt atas je,, yg kbtulan jln2 n trjumpa brg sale, kmudian beli, xtrmasuk)

Pembeli aka pniaga: beli time sale,, blh untung lbih bnyk.. nti leh jual smula hrga asal, xpun diskaun ckt...leh untung brgnda2 gitu.. tu yg hadap gak berebut cam hape
Quote barto 3-4-2016 03:38 PM
Kdg org yg beli ni sbb nk jual balik...xpun ada datin2 yg suruh diorg g blikan...byr upah...kesian gak tgk...
Quote Esmiria 3-4-2016 03:38 PM
kelibat replied at 3-4-2016 03:08 PM
hai..tak tahu thread ni dah ade ke belum..tp td scroll2 TL terjumpa pulak ni..



x dpt tgok gmbooooo
Quote dahlamadah.. 3-4-2016 03:40 PM
kiwimasam replied at 3-4-2016 03:32 PM
Tak silap iolls ini dekat bandar baru bangi.

ooohh..ok.. ada satu masa dulu, butik di shah alam havoc betul. sampai tidoq berjemaah di kaki lima. program qiyamullail pun payah nk dpt gini..
Quote kikiharris 3-4-2016 03:40 PM
mesti macam macam bau ada..
laki punya bangga upload video kat FB,last2 kena hencap
tp apa diaorg kisahkan..RM sign > customer service

Lihat semua komen(533)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.194247 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top