CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bro, Sakit Kepala Ke? Minumlah 5 Jenis Minuman Berikut!

5-4-2016 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5231| Komen: 0



Oleh : TS LOO


Keadaan cuaca yang panas terik bukan sahaja membuatkan seseorang itu rasa tidak selesa kerana badan bermandi peluh, malah juga boleh menyebabkan sesetengah orang rasa kepala sakit.

Lebh-lebih lagi jika kurang minum air turut akan menyebabkan badan seseorang mengalami dehidrasi atau kekurangan air khususnya mereka yang bekerja di kawasan yang terdedah dengan pancaran cahaya matahari. 

Selain menelan ubat penahan sakit ataupun menyapu minyak angin di kepala, ada beberapa jenis minuman yang boleh diamalkan untuk memberi kelegaan dengan menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit di bahagian kepala.




Petua Rawat Sakit Kepala Dengan 5 Jenis Minuman

1) Teh Halia
Teh Halia dikatakan bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan rasa sakit kepala tetapi ia juga sesuai diminum untuk menghilangkan rasa loya. Selalunya bila rasa pening kepala, memang akan rasa loya kan. 

Selain meminum teh halia segera dengan hanya perlu tambah air panas saja, anda juga boleh membuat teh halia sendiri di rumah. Caranya anda hanya perlu bancuh teh seperti biasa dan tambahkan seinci halia yang telah ditumbuk sedikit.



2) Kopi
Kafein yang terdapat dalam kopi mampu mengurangkan rasa sakit kepala. Kopi juga membantu membuatkan badan anda berasa lebih segar. Jadi elok jika anda elakkan minum kopi pada waktu malam untuk mengelakkan waktu tidur anda terjejas.



3) Air Sejuk
Air sejuk bukan sahaja mampu menyejukkan badan ketika waktu cuaca panas, tetapi kesan dari pengambilan air sejuk dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu mengurangkan rasa sakit.


4) Teh Hitam
Seperti juga kopi, teh hitam mengandungi kafein yang kerap dijadikan bahan utama dalam proses membuat ubat untuk penawar sakit kepala. Jadi untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit kepala, anda juga boleh amalkan minum teh hitam.



5) Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bertindak sebagai rangsangan kepada sistem saraf untuk mengurangkan tekanan yang selalunya menjadi punca seseorang mendapat sakit kepala.



Ketika cuaca panas, anda memang perlu lebihkan pengambilan air untuk mengelak dari berlakunya masalah kekurangan air dalam tubuh anda. Minum jus buah-buahan segar juga bagus, bukan sahaja untuk menghidrasi badan tetapi dapat membekalkan vitamin-vitamin yang penting untuk badan anda.- CARI Infonet



sumber info: www.sihat.com.my

10

Bagus
15

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.149826 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top