Oleh Adib Za Kecoh di laman sosial apabila rakaman video memaparkan sebuah majlis tertutup yang dihadiri para lelaki transgender atau pondan diserbu oleh pihak JAWI.
Video yang dimuat naik oleh portal Harian Metro di Youtube itu menunjukkan adanya pertikaman lidah antara pegawai penguatkuasa dengan peguam, Siti Zabedah Kasim yang juga dipercayai penganjur majlis 'fundraising' itu. Siti Zabedah yang dilihat sebagai aktivitis dan juga inspirasi bagi kaum transgender buat masa ini berkata sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan terhadap pihak JAWI dan juga mereka yang terlibat dalam serbuan itu. "Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya. "Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu," katanya kepada Mstar Online.
Dalam video itu antara lain, Siti Zabedah mempersoal pegawai terbabit yang dilihat menggangu majlis itu dan melayan mereka tak ubah seperti banduan. "Sebagai peguam, saya nak tanya awak ada waran ke?" ujarnya yang jelas mempertahankan hak majlis tersebut sambil diikuti sorakan para pondan di situ. Para peserta juga tidak melepaskan peluang untuk menghamburkan makian terhadap pegawai JAWI. Malah melalui komen yang didapati pada video itu, ramai pihak juga yang menuding jari kepada pihak JAWI dan media yang sengaja membuli 'kaum minoriti' ini. "Syukurlah kak Siti mempertahankan hak asasi golongan yang dihina" "SITI KASIM! YOU ARE A HERO" "Bebal punya JAWI. Suka buli minoriti yang tertindas, acah-acah buat kerja, acah-acah islamik. Perhabiskan duit cukai rakyat je. Tak perlu wujud pun JAWI, JAKIM, etc ni" Tuding menuding jari tak berhenti setakat itu, mereka yang mempertahankan pihak JAWI dan media juga berdiri teguh dengan pendapat masing-masing. Namun, persoalan mula bermain di minda masyarakat, bagaimanakah prosedur sebenar untuk serbuan terhadap golongan lelaki yang menyerupai wanita di Malaysia? Adakah anda undang-undang atau akta yang boleh menghadapkan mereka ini ke pihak berkuasa dan keduanya, bagaimana pula dengan sesetengah golongan selebriti yang secara terang-terangan turut memaparkan imej LGBT di negara ini? Baik secara langsung dalam majlis tertentu, rakaman di laman sosial atau pun televisyen. Apa pendapat anda? - CARI Infonet Sumber: Harian Metro, Mstar Online |
5
Bagus |
4
Marah |
13
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Artemesiaa replied at 6-4-2016 05:57 PM
Pondan bila marah memang kuat maki orang
ADVERTISEMENT