CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bro, Tahu Tak? Berdengkur Berisiko Tinggi Menghidap OSA!

6-4-2016 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3783| Komen: 0



Oleh : TS LOO


Tidur, perkara yang paling disukai ramai terutama kalau dapat tidur selepas seharian bekerja keras menggunakan tenaga. 


Tapi, apa perasaan anda bila saja hendak pejamkan mata, kawan di sebelah berdengkur macam enjin turbo! Perkara ini mungkin ramai yang sudah alami, lebih-lebih lagi kaum isteri.


Krohh!Krohh!Krohh! Tiba-tiba anda terjaga dalam keadaan seolah-olah baru dapat bernafas. Isteri atau rakan di sebelah pun beritahu anda macam tercekik sahaja ketika tidur. Jika berlaku situasi sebegini kepada anda, ketahuilah anda mungkin penghidap OSA!

OSA atau Obstrictive Sleep Apnea ialah gejala di mana saluran pernafasan anda menyempit dan tertekan ketika sedang tidur, sehingga pernafasan terhenti seketika dan menyebabkan penghidapnya tersedak dan terjaga dari tidur. Biasanya saluran pernafasan kita rileks dan berada pada posisi sepatutnya, tetapi tidak bagi penghidap OSA.




Antara faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda menghidap OSA ialah:


sumber foto: http://myrujukan.com/

Jantina - 
OSA boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tetapi kajian menunjukkan 80% penghidap OSA adalah LELAKI!


Obesiti - 
Mungkin ada di antara kawan-kawan kita yang kelihatan seolah-olah tiada leher. Ini disebabkan oleh lemak berlebihan di leher dan boleh meningkatkan risiko terkena OSA. Begitu juga orang yang memiliki perut buncit.



Berumur 40 tahun dan ke atas - 
Gejala ini biasanya terkena kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas dan tidak sedikit juga orang muda yang menghidapinya. Jadi, jangan rasa selamat!



sumber foto : http://i233.photobucket.com/

Memiliki leher yang besar -
Cuba ukur leher anda. Jika ukurannya yang lebih besar dari 43cm, berkemungkinan besar anda senang menghidap OSA




Hidung tersumbat - 
Polip dan kelainan struktur hidung biasanya boleh menyebabkan hidung tersebut. Ini menyebabkan risiko menghidap OSA lebih tinggi.



sumber foto: http://cdn-2.tstatic.net/

Merokok -  
Umum kita semua sudah tahu bahaya rokok pada saluran pernafasan. Antaranya risiko menghidap OSA.



sumber foto: 

Pengambilan minuman keras - 
Kerap minum minuman keras juga boleh menyebabkan OSA, lebih-lebih lagi kerap diambil sebelum tidur.




Amalkanlah cara hidup sihat dan tidur dengan cara yang betul. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati! Jom, mulai sekarang ubah gaya hidup demi kehidupan yang lebih behagia. - CARI Infonet




sumber info: www.sihatlelaki.com
12

Bagus
12

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.166109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top