CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Cara Jadi Ibu Yang Tegas Tetapi Penyayang

6-4-2016 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4936| Komen: 0


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.fydanoh.com/


Tidak dinafikan secara semula jadi, perwatakan ibu adalah seorang yang suka membebelkan anak-anak. Garang, tegas, kuat berleter antara karektor sinonim dengan ibu. 

Bagaimanapun kebanyakan anak-anak memang rapat dengan ibu. Biarpun ibu suka membebel dan marah-marah tetapi anak tetap hendak melekat dengan ibu. 


sumber foto: http://static.republika.co.id/


Sebagai antara orang yang paling rapat dengan anak, ibu perlu menjadi tegas dan garang tetapi dalam masa yang sama bersifat penyayang terhadap anak-anak. 


Pengaruh ibu sangat kuat dalam mendidik anak-anak generasi sekarang lebih berdisiplin, tahu menghormati orang yang lebih tua, bertanggungjawab dan patuh kepada perintah ibu bapa. Mungkin sudah tiba masanya ibu mempraktiskan cara-cara berikut dalam mendidik anak-anak era ledakan pengaruh media sosial.



1. Jangan turutkan semua kemahuan
Kebanyakan ibu mudah 'cair' dengan permintaan anak. Ada kalanya disebabkan tidak mahu anak merengek dan mengganggu ibu untuk buat perkara lain, maka ibu turutkan semua permintaan anak. Tindakan ini sangat berbahaya! Tidak kira sama ada anak menangis berguling atau menjerit, ibu perlu tegas dengan pendirian dan tidak mengikut semua kemahuannya.



2. Usaha sendiri
Kadang kala ibu perlu sesekali mengajar anak berusaha sendiri jika mahukan sesuatu. Bagaimanapun cara ini perlu dipraktiskan mengikut tahap usia anak. Contohnya jika anak yang sudah bersekolah tadika, meminta dibelikan barang yang mereka inginkan, ibu boleh menyuruh anak mengumpul duit yang diperoleh daripada ibu ayah  demi untuk membeli barangan tersebut. Biarkan mereka belajar susah senang mengumpul duit untuk mendapatkan barang. Barulah mereka menghargai barangan tersebut.

 

3. Patuh dengan peraturan
Jika sudah menetapkan peraturan di rumah maka ia wajib dipatuhi oleh si anak. Dalam masa yang sama, ibu perlu tegas melaksanakan peraturan tersebut supaya jangan nanti anak memperlekehkan peraturan tersebut jika ibu tidak melaksanakannya.

 

4. Disiplinkan anak hormat ibu
Didik anak dari kecil supaya menghormati ibu. Ajar anak supaya segera menjawab panggilan ibu dengan sopan iaitu "Ya, ibu" dan segera tinggalkan apa yang sedang dilakukan ketika itu. Jika anak sudah terbiasa dengan disiplin tersebut, maka sampai dewasa dia akan segera utamakan panggilan dari ibu. 

Jangan biarkan anak sibuk menonton TV dan enggan mengendahkan panggilan ibu ketika dipanggil. Alasannya konon anak masih kecil. Bukankan melentur buluh itu biar dari rebungnya!



5. Sentiasa jadi ibu yang 'penyibuk'
Oleh kerana kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu maka ambil peluang ini untuk menjadi 'penyibuk'. Ia penting untuk kita memantau pergerakan dan perbuatan anak apatah lagi di era semua perkara boleh dilihat menerusi teknologi Internet tanpa mengira batasan usia si anak.- CARI Infonet



sumber info: http://www.riznina.com/
17

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.080559 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top