Oleh : TS LOO
Jackie Chan dan Amitabh Bachchan didakwa antara 11.5 juta pemegang akaun luar pesisir yang disenaraikan dalam Panama Papers. Dokumen rahsia yang dibongkar Konsortium Antarabangsa Wartawan Siasatan (ICIJ) sejak 3 April lalu menggemparkan dunia apabila membariskan nama golongan elit dunia membabitkan pemimpin negara, artis, bintang sukan serta tokoh perniagaan. Organisasi yang berpangkalan di Washington itu turut menegaskan data atau dokumen yang disebut Panama Papers itu diperoleh daripada sebuah firma perundangan di Panama, Mossack Fonseca.
Daripada senarai rekod kewangan berkenaan, aktor Hong Kong yang menempa nama di Hollywood itu dikatakan memiliki sekurang-kurangnya enam syarikat di bawah kendalian firma terbabit. Ikon perfileman Bollywood, Bachchan pula didedahkan memiliki aset bernilai jutaan dolar hasil syarikat pengiriman barang yang beroperasi sejak 23 tahun lalu. Susulan daripada pendedahan ICIJ, Perdana Menteri Iceland, Sigmundur David Gunnlaugsson mengumumkan meletakkan jawatannya semalam.- CARI Infonet sumber berita : http://www.bharian.com.my/
|
25
Bagus |
19
Marah |
41
Terkejut |
16
Sedih |
14
Lawak |
59
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT