CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pelajar Guna Lintasan Belang Pun Kena Langgar?

7-4-2016 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10466| Komen: 37


Oleh : TS LOO



Sejak dari kecil lagi , kita telah dididik jalanraya itu adalah sangat merbahaya tidak kira jalanraya itu kecil ataupun besar, oleh sebab itu, setiap kali melintasi jalan haruslah guna lintasan belang atau zebra cross.  Tetapi persoalannya, adakah betul-betul selamat sekiranya kita menggunakan lintasan belang?



Semalam seorang netizen bernama Sukling, memuatnaikkan sebuah video dalam akaun facebooknya yang memaparkan satu kemalangan yang berlaku di depan pintu masuk sekolah Foon Yew High School yang memperlihatkan seorang pelajar dilanggar sehingga tercampak oleh sebuah kereta pada petang semalam.


Paparan visual menunjukkan dua orang pelajar lelaki berada di lintasan belang dan kelihatan ingin melintasi jalan, mereka berdua sememangnya mematuhi undang-undang lalulintas kerana menunggu di depan lintasan belang. 


Tetapi. berikutan tiada lampu isyarat traffik, tambahan lagi ketika itu bilangan kereta yang lalu lalang pula agak banyak, kedua-dua pelajar terpaksa mengambil keputusan membuat anggaran sendiri untuk melintasi jalan.


Berdasarkan visual pada saat yang ke 18, kedua-dua pelajar dengan pantas melintasi jalan, tetapi malangnya salah seorang telah dilanggar sehingga tercampak oleh sebuah kereta berwarna merah, manakala seorang lagi kelihatan tersentak sekejap, lepas itu dengan pantas berlari ke arah kawannya yang kena langgar. 


Menurut laporan, pelajar yang kena langgar itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja tiada patah tulang atau kecederaan dalaman. cuma terdapat kesan calar pada bahagian permukaan kulit kepalanya.


Sukling, individu yang memuatnaikkan video tersebut berpendapat, biarpun terdapat lintasan belang di depan sekolah, tahap keselamatan pun tiada jaminan, ini kerana kebanyakkan rakyat Malaysia yang memandu kereta di jalan tidak akan mengurangkan kelajuannya pemanduannya untuk memberi laluan kepada pelajar sekalipun mereka nampak ada lintasan belang. 


Dia mencadangkan pihak sekolah sepatutnya memohon pihak berkuasa tempatan meletakkan juga batu bonggol di depan sekolah selain lintasan belang mengelakan kejadian yang tidak diingini berulang lagi.- CARI Infonet




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-4-2016 02:53 PM
Mana pi guard?
Quote chiquititamichi 7-4-2016 02:58 PM
Ini biasa....byk sgt mkn babi....tu yg membabi buta lintas....membabi buta laju mnyondol je.....
Quote revolusi_30 7-4-2016 03:11 PM
Lintasan zebra x  akak..bukan Lintasan  belang
Quote revolusi_30 7-4-2016 03:11 PM
X silap akak
Quote CrowneGlory 7-4-2016 03:50 PM
owh well malaysian driver...malaysian driver = china driver mentaliti low class
Quote UmbrellaCorps 7-4-2016 03:52 PM
nampak mcm ada traffic light.. tp zebra crossing rules - kereta kena berhenti sekiranya ada budak sekolah nak melintas. And most zebra crossing ada di setiap sekolah, tambahan pulak speed limit depan sekolah sepatutnya 30kph.
Agaknya masa amik kelas memandu tido agaknay..
Quote dewi 7-4-2016 04:05 PM
kat mesia zebra crossing ni buat hiasan jer , tak de makna pada  majoriti pemandu
Quote comel91 7-4-2016 04:08 PM
lintasan belang... (sumber Kamus Dewan Edisi Keempat).. tak ramai yang guna bahasa ni..

tkotnye kne langgar ishh mnx jauh lahh
Quote Esmiria 7-4-2016 04:18 PM
bila ingt  jlnraya bapok punya,mmnf gampangla cara pemanduan punyer
Quote Esmiria 7-4-2016 04:18 PM
bila ingt  jlnraya bapok punya,mmnf gampangla cara pemanduan punyer
Quote minahmanja 7-4-2016 04:48 PM
laju nye drive kat kwsn skolah... setau aku kalau sekolah cina ni, guard dia mmg jaga btul2 bdk sekolah... tkde main biar je budak lintas sendiri..
Quote ainie_1008 7-4-2016 05:00 PM
kalau kat area pejbt aku mak bapak otak udang. bodoh tahap cipan. parking keta atas zebra crossing. bila cikgu/pngawal ketuk tigkap di makinya dorg. tue sbb slalu accident.
Quote ainie_1008 7-4-2016 05:02 PM
dewi replied at 7-4-2016 04:05 PM
kat mesia zebra crossing ni buat hiasan jer , tak de makna pada  majoriti pemandu

betul. yg bodoh parking atas tue pon ramai. last2 bdk2 sek main lintas ikut suka dorg. tue yg accident. sbb ader org otak cipan dok parking atas tue.
Quote ~boolean 7-4-2016 05:17 PM
Sama juga lah dengan driver yang berhenti di atas zebra crossing waktu traffic light merah...
menyusahkan pejalan kaki..
mengaku saja lah dalam forum ni ramai yang buat perangai penting diri ni..
Quote Artemesiaa 7-4-2016 05:51 PM
Orang Malaysia kebanyakannya mana nak slow bila sampai kat area zebra crossing ni, ramai yang buat buta je.  Dia tetap nak teruskan pemanduan bukannya nak bagi laluan untuk orang melintas kat situ.  Kalau langar orang kat area zebra crossing ni pemandunya le yang salah kalau ikut peraturan jalan raya.
Quote Innrukia 7-4-2016 06:19 PM
Kat tempat aku ni mcm tu jgk. Pagi2 okla ada guard tolong stop kereta. Bila petang even lampu merah semua kereta laju. Aku yg slalu brenti plak kena hon mcm aku bt benda salah: dajal sungguh driver malaysia ni hatta berkopiah/purdah
Quote JDT 7-4-2016 06:40 PM
Innrukia replied at 7-4-2016 06:19 PM
Kat tempat aku ni mcm tu jgk. Pagi2 okla ada guard tolong stop kereta. Bila petang even lampu merah  ...

Betul.....kami selalu kena hon bila tunggu orang melintas zebra crossing.
Agaknya, diaorang yg ambil ujian undang2 jalanraya ni cuma hafal untuk lulus je tapi tak digunakan lepas dapat lesen.
Quote poison_paradise 7-4-2016 06:44 PM
Pemandu kat msia mg celaka.. Akak sarankan DPN sekolah tu ada tragic lite,pastu buat double bonggol
Quote salmon-suki 7-4-2016 08:24 PM
Artemesiaa replied at 7-4-2016 05:51 PM
Orang Malaysia kebanyakannya mana nak slow bila sampai kat area zebra crossing ni, ramai yang buat b ...

Makin pecut ada lah...xde maknanye nk slow..had laju 30km/j tp bg dorg 130....

n lg satu kpd pihak bertanggung jawab,xreti nk repair ke lampu isyarat kt ctu...ataupun lau da rosak sila buat aduan..kesian budak2 sekolah ni...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.058524 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top