CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow! Langkawi Termasuk Senarai 8 Jambatan Paling 'Ohsem'

8-4-2016 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12016| Komen: 23

Oleh Izzah Abbasy

Jambatan menjadi mercu tanda seni bina dan simbol kepada bandar-bandar besar, selain mampu menahan sejumlah besar beban walaupun jambatan ini kelihatan seolah-olah sangat rapuh. Berikut adalah 8 jambatan paling 'awesome' di dunia yang tersenarai dalam World Interesting Engineering.

1. Jambatan Millau Viaduct

 
Juga dikenali sebagai Millau Bridge, jambatan itu bukan hanya cantik dan indah di mata, tetapi juga adalah jambatan yang tertinggi di dunia, mencapai ketinggian 343 meter di bahagian atas tiang-tiangnya. Jalan pada jambatan itu sendiri berada pada ketinggian 270 meter, lebih sedikit daripada ketinggian skybridge dekat KLCC tu. Pergh!



2. Jambatan Golden Gate


Kalau biasa tengok filem Hollywood, mesti korang dah biasa tengok jambatan ni. Menghubungkan San Francisco dan California, jambatan ini hanya disokong oleh sambungan kable sahaja. Takda tiang. Ye, takda tiang. Menakjubkan, terdapat 27,572 kable digunakan bagi membina jambatan ini.




3. Jambatan Sydney Harbour

Mempunyai rekabentuk dan senibina yang menarik, jambatan ini mempunyai 8 laluan kereta, 2 laluan kereta api, dan satu laluan pejalan kaki. Disebabkan jambatan Sydney Harbour mempunyai kelebaran yang sangat besar, iaitu 49 meter lebar, menjadikan jambatan ini direkodkan sebagai jambatan terlebar di dunia.




4. Jambatan Helix

Mempunyai jambatan dengan seni bina menarik, jambatan ini tersenarai sebagai jambatan paling cantik didunia. Strukturnya yang dibina daripada rod besi, disusun membentuk bentuk “spiral”, merupakan jambatan pejalan kaki yang dibina merentasi sungai. Pada waktu malam, limpahan lampu berwarna warni menjadikan jambatan spiral ini kelihatan sangat menakjubkan.




5. Jambatan Infiniti


Jambatan ini merupakan salah satu yang paling mengagumkan  kerana ia menyerupai simbol infiniti (simbol ∞ ) apabila dilihat pada permukaan air di bawah jambatan. Tetapi bukan itu sahaja, perkara yang benar-benar menarik tentang jambatan ini ialah pada waktu malam nya dimana satu siri lampu menerangi dua belah laluan pejalan kaki, saling bertukar warna apabila ada orang yang berjalan disitu.


 
6. Tower Bridge, London

Menjadi mercu tanda kota London, jambatan ini mempamerkan reka bentuk istana lama. Jambatan ini menjadi salah satu sistem pengangkutan terpenting di London, yang mana menghubungkan dua bahagian sungai Thames. Port wajib ambil gambar bila sampai London!



7. Jambatan Khaju

Jambatan ini dibina hasil daripada 23 pintu gerbang batu yang membentuk salah satu daripada jambatan yang paling indah di dunia. Terletak di Isfahan, Iran, pembinaan jambatan ini bukan sahaja menghubungkan kedua-dua belah Sungai Zayandeh, ia juga berfungsi sebagai empangan yang mengawal selia aliran sungai.



8. Langkawi Sky Bridge

Jambatan ini digantung oleh 8 kabel yang dipegang oleh 81.5cm tiang tunggal, dan tergantung pada ketinggian kira-kira 100 meter di atas tanah. Pelancong perlu menaiki kereta kabel sebelum tiba ke atas puncak yang menghubungkan jambatan ini dengan stesyen atas kereta kabel. Dari aras ini, kita boleh tengok pemandangan indah Langkawi.




7

Bagus
6

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
29

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epis 8-4-2016 07:06 PM
81.5 cm je??? Patutlah semedang je tutup.... pergi2 x pernah dapat merasa lalu....
Quote cicicumel 8-4-2016 10:01 PM
yg kat Iran tu lawa laaa
Quote Rose1982 8-4-2016 11:50 PM
Yg kat langkawi tu dh pernah naik..
Mmg nice ja..
Design pon cantik n futuristik..
Quote ira79 11-4-2016 01:56 PM
merasa yg kat langkawi je. jambatan tu tutup lama sbb depa wat maintenance.. benda tinggi2 camtu kalau buat lekeh, boleh bawa maut. dah buka semula.. cantek.. best gih.
Quote chinatsu 11-4-2016 02:50 PM
memang cantik pemandangan dari jambatan kereta kabel tu
Quote -electrifying- 11-4-2016 04:04 PM
Jabatan Helix tu cantik, bentuk spiral...
Quote antidote 11-4-2016 04:12 PM
epis replied at 8-4-2016 07:06 PM
81.5 cm je??? Patutlah semedang je tutup.... pergi2 x pernah dapat merasa lalu....

sama dengan.
aku pun pi tak penah nya dapat merasa lalu. manjang katup.
Quote RatuDunia94 11-4-2016 04:36 PM
Millau bridge tu plg legend!!
Quote devilito2 11-4-2016 05:25 PM
Millau Viaduct tu pergh... ohsem....
Quote Artemesiaa 11-4-2016 06:19 PM
Amat unik setiap satunya
Quote pr3ttytw33ty 11-4-2016 08:33 PM
langkawi tu ade 2 pitstop. yg pertama pn aku dh cuak. gigil2 tgk bwh. lg plak nk ke 2nd pitstop. berpeloh tapak kaki wey. kalo suh nek lg, aku kena bertafakur dulu nk nek ke tak. gayat ko tau gayattt
Quote siape_aku 12-4-2016 04:15 PM
aku mmg takkan naik la yg kat langkawi tu.....sbb aku gayat jambatan gantung....kalao jambatan gantung yg bergoyang tu, rase nak tercirit terkencing semua ade ,,,, tak bole igt bile lalu jambatan gantung, kat langkawi la...nak g kabel car tu la... opismate lelaki goyangkan jambatan tu sbb diorg ramai....gampang sgt!!!! aku sampai jerit sekuat hati " aku benci korg semua!!!!!!" driver2 bus kitorg gelak je tgk perangai sakai kami....
Quote makton 13-4-2016 08:12 AM
jambatan infinity tu pun cantik..
Quote Gadis_sarawak 13-4-2016 12:26 PM
pr3ttytw33ty replied at 11-4-2016 08:33 PM
langkawi tu ade 2 pitstop. yg pertama pn aku dh cuak. gigil2 tgk bwh. lg plak nk ke 2nd pitstop. ber ...

Wahaha..samala kita..p langkawi bulan lepas terpejam terbuka mata tahan rasa gayat pegi jambatan tu..tambah bila naik cable car tu angin goyang terjerit aku..
Quote mawar24 19-4-2016 01:56 PM
nak pergi yg jauh tak mampu.....

mujur ada satu di langkawi...love u malaysia
Quote winda_klose 19-4-2016 03:26 PM
semua lawa2
Quote clara_nur 1-5-2016 08:53 PM

semua jambatan cantik2
tapi kalo view waktu malam, jambatan khaju yg kt iran tu plg win!
Quote mamapea 3-5-2016 11:07 AM
siape_aku replied at 12-4-2016 04:15 PM
aku mmg takkan naik la yg kat langkawi tu.....sbb aku gayat jambatan gantung....kalao jambatan gantu ...

aku pun gayat gila naik skybrige lgkawi ni...dh la angin kuat...jambatan tu bergoyang2...mmg aku xkan naik dh la...
jambatan tamparuli pun aku gayat...padahal bkn tinggi sgt pun...sbb bergoyang2 rasa mcm nk jatuh jer...

Quote kucen_miang 3-5-2016 12:09 PM
yindon ada masuk list?

jambatan sungai citarum


Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top